Tidak dinyatakan bila kejadian itu berlaku, namun dalam video yang dikongsikan oleh Fiza Kamaruzzaman itu jelas menunjukkan tandas tersumbat dengan najis penumpang yang tidak bertanggungjawab. Lebih teruk lagi, sinki turut tersumbat.
"Maaflah, mak bukan mengandung tapi mak nak termuntah! Sape b***h neh? Uweeekkkk!
"Apabila dah terberak dalam seluar dan cubaan mencuci spender dalam sinki sampai sinki tersumbat dengan taik. Kesian adik-adik cleaner yang nak mencuci ini semua. Can you imagine the smell?
"Bayangkan jika adik, kakak, mak atau ayah korang yang bekerja sebagai aircrafts interior cleaner yang kena bersihkan kotoran begini. Mak tak lalu nak makan seminggu. Terbayang-bayangkan taik yang menyumbatkan sinki itu. Aduuuu!
"Ingatlah, hygiene is our own responsibilty. Siapa dia, bangsa apa, orang apa, sektor apa, itu semua tidak penting. Attitude itu yang penting. Come on human, we are better than this!" tulisnya.
Difahamkan, perbuatan tidak bertamadun itu dilakukan oleh orang dewasa.
Sementara itu di media sosial, pelbagai reaksi dari netizen yang menyelar perbuatan biadab penumpang terbabit.
from The Reporter https://ift.tt/33QHPC4
via IFTTT