Wang simpanan sejak 2009, RM40,000 lesap dari akaun bank, pihak bank pula nafi akaun digodam


Wang simpanan yang dikumpul sejak tahun 2009 oleh anak muda ini lesap begitu sahaja tanpa dapat dikesan. 

Insiden kehilangan wang simpanan dalam akaun bank itu dikongsikan oleh pengguna Twitter @ChinBabad, di mana adiknya mengalami kerugian RM40,000. 

Chin mengesyaki akaun bank adiknya telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan satu laporan polis telah dibuat serta akaun bank dibekukan serta-merta untuk siasatan. 

Namun, pihak bank pula menafikan akaun bank mangsa digodam dan menegaskan mangsa bertanggungjawab di atas kejadian itu. 

"Akaun Maybank adik aku kena hack. Life saving dia sejak dari 2009 lebur RM40,000. Dah report polis dengan freeze akaun tu. 

"Bank deny about the hacking, they continously deny and push the responsibilty kat adik aku," kata Chin yang turut berkongsi gambar screenshot transaksi yang berlaku dalam akaun bank adiknya. 


Berdasarkan gambar itu, penjenayah siber terbabit memindahkan semua wang simpanan mangsa ke akaun bank tertentu melalui DuitNow. 

"Adik aku takde dapat any calls, text, tac or push notification pun about this. Dah check phone tu beberapa kali dan memang tak ada langsung. Lagi sedih bila kena soal sampai mereka assume tac text tu adik aku delete," katanya lagi. 

Kejadian itu menimbulkan tanda tanya netizen apakah sebenarnya yang berlaku dan bagaimana ia boleh terjadi tanpa melalui pengesahan pemilik akaun bank itu sendiri. 



Ramai yang menasihatkan mangsa membuat aduan pada Bank Negara untuk tindakan lanjut. 

Ada segelintir netizen juga turut berkongsi kejadian seumpama itu di mana mereka dipersalahkan apabila menghadapi situasi tersebut. 


Difahamkan, mangsa masih dalam proses mendapatkan semula wang simpanannya. 

Justeru, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan tidak membuka sebarang web yang dicurigai atau respon pada mesej yang bukannya dari pihak bank. Selain itu, sentiasa semak baki akaun anda. 

Sumber: Chin Babad


from The Reporter https://ift.tt/2MyrMmX
via IFTTT