Seorang lelaki berusia 25 tahun mengaku bersalah di mahkamah pada 25 November 2019 atas pertuduhan mencederakan isteri dan bayinya.
Lapor Today Online, kejadian itu berlaku di Singapura pada 2 September tahun ini. Si bapa ketika itu cuba tidur, namun terganggu dengan bunyi bising anak perempuannya berusia enam bulan.
Si bapa kemudian bangun, marah dan menyuruh anaknya diam sebelum menjerit terhadap isterinya bahawa dia akan kerjakan mereka. Suspek kemudian menyambung tidurnya semula.
Kira-kira jam 3 petang, lelaki itu mengarahkan isteri meletakkan anaknya di sebelah. Si isteri enggan berbuat demikian, namun dia terpaksa akur.
Tidak lama selepas itu, si isteri terdengar anaknya menangis sebelum ternampak lelaki itu sedang menekan leher mangsa dengan mukanya. Kejadian itu turut menyebabkan mangsa muntah susu.
Si isteri segera meminta bantuan dua ahli keluarganya dan menampar muka suaminya agar dia melepaskan bayi itu. Tindakan wanitai itu menyebabkan si suami bengang lalu menumbuk dahinya.
Mangsa berjaya diambil dan terus dibawa keluar dari rumah lalu diserahkan kepada jiran, sementara ibunya pergi membuat laporan polis.
Mangsa pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan mendapati dia hanya mengalami kecederaan ringan, diberi cuti seminggu. Manakala bayi pasangan itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Polis telah menahan suspek dan didakwa di mahkamah atas pertuduhan mencederakan iseri dan anaknya.
Di mahkamah, Hakim May Mesenas meminta laporan penilaian sama ada tertuduh sesuai untuk diperintahkan menjalani hukuman khidmat masyarat atau lapor diri ke balai setiap hari.
Sekiranya tertuduh berjaya menjalani hukuman itu dengan baik, tertuduh tidak akan disenaraikan dalam rekod jenayah.
Hakim menangguhkan perbicaraan dan menetapkan Januari 2020 untuk sebutan semula kes.
Bagi kesalahan mendatangkan bahaya terhadap kanak-kanak, pelaku boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun, denda RM15,312 atau kedua-duanya sekali.
Bagi keselahan mencederakan isteri, tertuduh boleh dipenjara dua tahun dan denda RM15,312 atau kedua-duanya sekali sekira didapati bersalah.
Sumber: Today Online, World of Buzz
from The Reporter https://ift.tt/2pPTumn
via IFTTT