Suspek berusia 33 tahun yang dipengaruhi alkohol mencabul anak kepada rakannya yang menumpang di rumahnya buat sementara pada jam 2.10 pagi, 21 November 2019.
Menurut suspek yang berasal dari Kecamatan Bukit Kecil Palembang, Indonesia itu mengaku mencabul mangsa selepas dia menonton perlawanan bola sepak di rumah jirannya.
"Waktu itu saya pulang ke rumah selepas habis tengok bola di rumah jiran dan keadaan saya pada ketika itu dibawah pengaruh alkohol.
"Tiba di rumah, saya ternampak mangsa sedang tidur. Mungkin kerana di bawah pengaruh alkohol, saya tergoda dan mencabul mangsa dengan mencium dan menggigit dadanya sehingga mangsa terjaga dari tidur," katanya.
Suspek mengakui perbuatannya itu salah, apatah lagi ketika di bawah pengaruh alkohol.
"Yang saya buat itu salah, saya silap dan malu dengan anak saya yang pada ketika kejadian dia tidur di sebelah mangsa," katanya yang sudah menyesal.
Disebabkan itu, suspek menyerah diri di Balai Polis Resor Besar Kota untuk tindakan lanjut.
Akibat dari perbuatannya itu, suspek kini berdepan dengan tindakan undang-undang.
Sebelum itu, mangsa menceritakan perbuatan suspek kepada ibunya, Sri Hayani, 43, yang berang dan berdepan dengan suspek.
"Adik saya dan penduduk sudah emosi dan mahu saja mengajar suspek tetapi kemarahan mereka dapat diredakan dan suspek dibawa ke balai polis," katanya.
Sementara itu, mangsa kini mengalami trauma dan ketakutan apatah lagi apabila melihat suspek.
Sumber: Tribun News
from The Reporter https://ift.tt/2KTsjyt
via IFTTT