Tak tahan mak & ayah selalu bertengkar, budak 11 tahun maut selepas terjun dari tingkat 39


Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun terjun dari tingkat 39 bangunan kediamannya pada 26 November lalu kerana tidak tahan dengan ibu bapanya yang selalu bertengkar. 

Keluarga berkenaan tinggal di sebuah pangsapuri di barat Hanoi. Pasangan itu mempunyai pekerjaan yang bagus dengan pendapatan tinggi. Namun kebelakangan ini mereka kerap bergaduh membuatkan kanak-kanak itu berasa sedih. 

Pada malam 25 November 2019, ibu bapanya bertengkar sehingga menjerit dan menghempas pintu. Keadaan itu membuatkan mangsa menangis sepanjang malam. 

Pagi keesokkan harinya, si ibu terdengar bunyi dentuman yang kuat, tetapi kemarahannya terhadap suami masih membara. Ditambah pula dengan rasa pening kepala, lalu dia terlelap semula selepas memeriksa waktu pada ketika itu.  

Tidak beberapa lama kemudian, si ibu bangun dan memanggil anaknya untuk bersarapan. Namun panggilan itu tidak berjawab. Dia pergi menjenguk anaknya di bilik, tetapi tiada kelibat anaknya kelihatan dan hanya tingkap bilik yang terbuka. 

Dalam masa yang sama wanita itu terdengar bunyi riuh di tingkat bawah dan ternampak anaknya terbaring berlumuran darah. 

Mangsa yang memakai pakaian sekolah ditemui sudah tidak bernyawa dengan percikan darahnya di sekitar kawasan kejadian. Sepasang selipar dan gambar keluarganya turut ditemui di tepi tingkap bilik. 

Selepas ternampak anaknya berada di bawah, si ibu terus segera berlari ke tingkat bawah menggunakan tangga kerana tidak mahu menunggu lif. Sebaik tiba di tempat kejadian, dia memeluk anaknya dan menangis pilu. 

Bapa mangsa tiba di lokasi kejadian setengah jam kemudian selepas dimaklumkan mengenainya. Pasangan itu menangis meratapi kematian mangsa. 

Mayat mangsa dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut. 



from The Reporter https://ift.tt/2slMjU0
via IFTTT