(Video) Akibat langgar lampu isyarat merah, penunggang motosikal melambung rempuh kereta


Sudah kerap diingatkan kepada semua pengguna jalan raya agar tidak melanggar peraturan lalu lintas terutamanya di persimpangan lampu isyarat. Namun masih ada yang berdegil dan merasakan diri mereka kebal dari sebarang impak kemalangan. 

Baru-baru ini, seorang penunggang motosikal melambung tinggi di udara kerana sikapnya yang tidak sabar sehingga terbabit dalam kemalangan jalan raya. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 8.49 pagi Rabu di persimpangan lampu isyarat berdekatan UiTM Seri Iskandar Perak, kereta perakaman video dalam perjalanan masuk ke simpang kanan dan lampu isyarat pada ketika itu adalah berwarna hijau. 

Tiba-tiba, datang sebuah motosikal dari arah kiri yang ditunggang dengan laju cuba memecut melepasi laluan itu di ketika lampu isyarat bagi lorong itu berwarna merah. 

Kedegilannya itu membawa padah apabila penunggang terbabit melanggar kereta tersebut lalu melambung ke udara sebelum terhempas di jalan raya dan terus tidak sedarkan diri. 

Tidak diketahui apakah nasib penunggang motosikal itu, namun netizen mendoakan mangsa selamat dan bertaubat dari mengulangi kesilapan itu. 


Orang ramai terutamanya penunggang motosikal harus diingatkan mematuhi peraturan jalan raya. Biar lambat, asal selamat. Jangan disebabkan kegopohan anda, nyawa diri atau pengguna lain turut melayang bersama. 



from The Reporter https://ift.tt/35oa9gc
via IFTTT