Ajak kekasih buat aksi tak senonoh, lelaki ini ditahan polis sebab terhantar video itu kepada keluarga kekasih
Niat untuk melakukan aksi tidak senonoh bersama teman wanitanya di semak berakhir dengan tangkapan polis selepas lelaki berusia 21 tahun terbabit terhantar video panas itu kepada keluarga si gadis.
Dalam kejadian yang berlaku di Jawa Timur, Indonesia pada Ogos 2019, suspek mengajak teman wanitanya yang baru berusia 15 tahun ke sebuah tempat sunyi di belakang perumahan elit di Kecamatan Pakal, Surabaya.
Di tempat itu, suspek mula melakukan aksi-aksi yang tidak senonoh terhadap teman wanitanya yang masih bawah umur.
Ketika melakukan perbuatan terkutuk itu, suspek turut merakam detik-detik keji itu dengan telefon pintarnya untuk koleksi peribadi.
Namun, ketika mahu menyimpan video itu, suspek secara tidak sengaja terhantar video tersebut kepada keluarga kekasihnya.
Orang tua remaja itu tidak dapat menerima apa yang dilihatnya lalu dilaporkan kepada polis. Bertindak di atas laporan itu, polis terus menahan suspek pada 3 Disember 2019.
Siasatan awal mendapati, ini bukan kali pertama mereka melakukan perbuatan itu. Suspek mengaku mereka selalu melakukan hubungan seperti suami isteri di rumah remaja itu ketika orang tuanya tiada di rumah.
Akibat perbuatannya itu, suspek akan didakwa di mahkamah dan berdepan dengan hukuman penjara maksimum 15 tahun.
Sumber: Sosok
from The Reporter https://ift.tt/2PHRlC4
via IFTTT