Bapa tikam anak bertubi-tubi sampai mati, tak tahan dengar mangsa kerap menangis


Seorang kanak-kanak berusia empat tahun mati dibunuh bapa kandungnya sendiri dalam kejadian yang berlaku di Kota Tangerang, Indonesia pada Isnin, 16 Disember 2019.

Suspek menikam mangsa bertubi-tubi sehingga mati kerana bengang dengan anaknya itu yang selalu menangis membuatkan dia berasa rimas dan terganggu. 

Selepas itu, suspek menghubungi mertuanya dan meminta dia datang ke rumahnya kerana dia mahu membunuh diri. Tidak berapa lama kemudian, mertuanya tiba dan terpaksa memecah pintu utama dan terkejut apabila mendapati cucunya telah meninggal dunia dengan banyak kesan tikaman. 

Malam sebelum kejadian, Jusran, 29, jiran suspek terdengar suara mangsa menangis pada jam 3 pagi. Tetapi dia tidak berasa curiga kerana menyangka ia hanya suara tangisan biasa. 

Jusran juga tidak mendengar sebarang bunyi pertengkaran pada waktu itu tetapi menjelaskan, suspek dan isterinya selalu bergaduh sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, suspek sempat diselamatkan. Ketika disoal siasat, suspek mengaku membunuh anaknya kerana mangsa tidak mahu diam dan menangis tanpa henti. 

Difahamkan, suspek dan ibu mangsa sedang dalam proses perceraian dan menunggu dibicarakan di mahkamah. 

Bedah siasat melaporkan, terdapat banyak kesan tikaman di leher, lengan dan badan mangsa yang telah mati lima jam sebelum ditemui datuknya.

Polis turut merampas senjata tajam yang digunakan suspek dalam kejadian itu, untuk siasatan lanjut.



from The Reporter https://ift.tt/36KPrrl
via IFTTT