'Belikanlah seluar dalam tu untuk Ayang' - Gadis mati ditikam kerana desak teman lelaki beli seluar dalam
Hanya kerana seluar dalam, seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai NS di Cimahi, Jawat Barat, Indonesia, tergamak menikam kekasihnya, YY, 29, sehingga mati. Turut menjadi mangsa, anak saudaranya berusia 4 tahun juga ditikam di bahagian perut dan kini sedang dirawat di hospital.
Difahamkan, kejadian itu berlaku pada jam 10.30 malam 15 Disember 2019, sebaik saja mangsa bersama keluarganya baru pulang dari gereja. Mangsa berada di dalam kenderaan bersama keluarga kakak ipar dan dua anak saudaranya yang masih kecil.
Ketika turun dari kereta sambil mengendong anak saudaranya, suspek terus datang dan menikam YY menggunakan senjata tajam yang dipercayai pisau lipat.
Suspek dipercayai sudah lama menunggu suspek pulang ke rumah.
Mangsa meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah. Suspek ditahan dan dibawa ke balai polis siasatan.
Ketua Polis Daerah Cimahi, Yoris Maulana berkata, pasangan itu terdahulu bertengkar selepas mangsa meminta suspek membelikan seluar dalam untuknya.
"Tetapi suspek menolak kerana tidak mempunyai wang. Namun mangsa terus mendesak suspek membelikannya untuknya melalui kedai online," katanya.
Selepas insiden itu, suspek yang bekerja sebagai penunggang ojek datang ke rumah YY dan mendapati teman wanitanya itu tiada di rumah. Lalu dia meninggalkan nota di pintu rumah dengan kata-kata bahawa dia mengesyaki YY keluar dengan lelaki lain tanpa mengetahui YY sebenarnya pergi ke gereja.
"Tak apa, pergilah keluar dengan lelaki lain sampai puas. Aku ajak jalan, tak nak..."
Pada jam 10 malam, suspek melihat kereta Toyota Avanza masuk ke kawasan perumahan dan oleh kerana curiga, suspek mengekori kereta itu dan sampai di tempat kejadian, mangsa keluar dari kereta sambil mendukung anak saudaranya.
Suspek bengang dan terus mengejar mangsa dan menikam bahagian pinggangnya berulang kali.
Difahamkan, suspek dan mangsa sudah menjalinkan hubungan selama dua tahun tetapi hubungan mereka tidak begitu baik.
Sehingga kini polis masih menyiasat kes itu.
Sumber: Sosok
from The Reporter https://ift.tt/2Pu478D
via IFTTT