Sungguh malang nasib dua beradik berusia 7 dan 10 tahun ini di Jawa Tengah, Indonesia. Ibu kandung mereka yang mengalami depresi sejak beberapa tahun lalu mengajak dua anaknya untuk membunuh diri.
Mujur salah seorang daripadanya selamat dan masih mampu merangkak pergi ke rumah neneknya untuk meminta bantuan.
Kejadian itu berlaki di Desa Bakalan, Kecamatan Purwantoro, Wonogiri, pada Khamis 12 Disember 2019.
Si ibu dikenali sebagai W berusia 38 tahun mengajak dua anaknya minum racun serangga, Furadan, yang biasa digunakan oleh petani di sawah.
Pihak polis masih melakukan siasatan dan motif sebenar suspek sehingga tergamak mengajak dua anaknya bunuh diri.
Namun mengikut jiran-jiran suspek, W sememangnya sudah lama mengalami depresi sejak lapan tahun lalu. Suspek juga jarang keluar dari rumah kecuali menghantar anaknya pergi ke sekolah. Tidak diketahui apa punca suspek mengalami depresi sehingga ke tahap itu.
Difahamkan, suami suspek bekerja di Jogjakarta. Walaupun begitu, hubungan pasangan itu baik dan normal seperti pasangan lain. Suspek dilihat mula berubah baru-baru ini apabila dia lebih banyak mengurung dirinya di dalam rumah.
Selain racun serangga, polis juga merampas beberapa barang bukti lain seperti sekeping nota yang ditulis oleh suspek seolah-olah ditulis dalam keadaan tergesa-gesa dengan menggunakan dakwat hitam dalam bahasa Jawa berserta dengan permintaan terakhirnya kepada keluarga sekiranya dia mati.
"Kalau aku mati, aku ingin dikuburkan bersama keluargaku. Kalau tidak, aku akan menghantui."
Keluarganya tiada pilihan dan terpaksa menuruti permintaan terakhir mangsa.
Sumber: Sosok
from The Reporter https://ift.tt/2PRtz6L
via IFTTT