'Dah terlanjur, nak buat camne?' - Bapa perkosa anak kandung mahu bertanggungjawab nikahi mangsa


Masyarakat digemparkan dengan berita seorang bapa memperkosa anak kandungnya sehingga menyebabkan remaja berusia 16 tahun itu hamil enam bulan. 

Menurut polis, kejadian itu terbongkar selepas si isteri berasa curiga dengan kehilangan suspek dan anak perempuannya, lalu membuat laporan kepada polis pada 4 Disember 2019. 

Suspek mengaku memperkosa anak perempuannya selama dua tahun dan segalanya bermula selepas suspek ternampak mangsa yang baru pulang dari sekolah mahu menyalin pakaian di biliknya. 

Suspek terus memeluk mangsa dari belakang dan memaksa anaknya melayani nafsunya. Mangsa cuba melawan tetapi tewas kerana tidak berdaya melawan kudrat bapanya itu. 

Suspek mengaku memperkosa mangsa seminggu sekali dan perbuatan itu hanya berhenti apabila mangsa datang haid.

"Dia (mangsa) selalu menolak setiap kali saya meminta. Biasanya dalam seminggu, saya akan memperkosanya sekali kecuali dia datang bulan," katanya. 

Suspek melakukan perbuatan terkutuk itu ketika isterinya keluar mengerjakan sawah padi.

Setelah dua tahun melakukan jenayah itu, mangsa disahkan hamil enam bulan. Suspek cuba memaksa mangsa menggugurkan kandungan itu dan sanggup membeli beberapa ubat untuk mangsa menggugurkan kandungannya agar perbuatan terkutuknya selama ini tidak disedari oleh isteri. 

Namun, usaha suspek menemui kegagalan dan kandungan mangsa sangat kuat dan tidak dapat digugurkan. 

Oleh kerana tiada pilihan lain, suspek terpaksa menyembunyikan anaknya di sebuah tempat tanpa pengetahuan isterinya. 

Curiga melihat tingkah laku suami dan anak menghilang selama tiga minggu, si isteri kemudian membuat laporan polis yang membawa kepada penangkapan suspek di sebuah bilik hotel. 

Ketika disoal siasat, suspek mengakui akan bertanggungjawab dan dia sanggup berkahwin dengan anak kandungnya sendiri. 

"Perbuatan itu memang tak senonoh tapi nak macam mana lagi, dah terlanjur Kalau disuruh bertanggungjawab, saya nak menikahi dia (mangsa)," kata suspek. 

Sumber: Tribun News


from The Reporter https://ift.tt/2sG3bEW
via IFTTT