'Dasar pengotor! Ingat semua orang nak pegang tahi kau?!' - Polis cari suspek lumur tahi di panel butang lif flat
Kemudahan lif yang disediakan di bangunan kediaman seharusnya dijaga bersama bagi memastikan keselesaan para penduduk lain. Ibu bapa juga wajib mendidik anak-anak tidak melakukan perbuatan vandalisme yang boleh mendatangkan kesusahan kepada penduduk lain di kemudian hari.
Baru-baru ini, penduduk di Blok D Apartment Taman Medan Jaya di Petaling Jaya terkilan dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab melumurkan najis manusia pada dua lifnya.
Perkara itu hanya disedari penduduk pada jam 8 pagi Rabu, 18 Disember 2019, ketika mahu menggunakan lif tersebut.
Menurut seorang penduduk, dia pada awalnya menyangka bau busuk itu datang dari air bungkusan sampah yang mahu dibuangnya. Sebaik diperiksa, rupa-rupanya bau najis yang dilumurkan di papan butang lif.
Pihak penduduk mengambil masa lebih kurang sejam untuk membersihkan dua lif tersebut dan laporan polis juga telah dibuat untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan menerima laporan itu.
Berdasarkan siasatan pada video CCTV, suspek yang melakukan perbuatan keji itu dipercayai penduduk di bangunan berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.
Sumber: Harian Metro, Astro Awani
from The Reporter https://ift.tt/2Q4tMUr
via IFTTT