'Dia cuba culik anak saya, mujur isteri sempat tahan' - Lelaki dakwa perempuan Arab cuba culik anaknya di shopping mall
29 Disember lalu, seorang lelaki mendakwa anaknya hampir menjadi mangsa culik dua wanita yang disyaki warga Arab di pusat beli-belah Sunway. Namun, usaha isterinya mendapatkan semula anak mereka menyebabkan cubaan menculik itu gagal dan suspek terus melarikan diri.
BARU saja berlaku di Sunway Pyramid. Ibu saya di dalam fitting room untuk mencuba pakaian, sementara isteri saya sedang mendukung anak lelaki sambil melihat pakaian lain dalam kedai yang sama. Saya bersama dengan anak perempuan saya keluar ke kedai sebelah.
Dalam masa yang sama, saya terampak seorang perempuan berpakaian serba hitam dengan mukanya ditutup hanya nampak mata (purdah) masuk. Saya nampak dia sedang mengambil gambar price tag, membuatkan saya kehairanan seketika. Saya terus pergi ke kedai sebelah.
Tidak beberapa lama kemudian, isteri saya berlari masuk ke kedai sebelah untuk mencari saya. Dalam keadaan panik dia memberitahu ada seorang perempuan Arab cuba menculik anak kami.
Perempuan itu menggosok mukanya pada muka anak saya sambil mengucapkan sesuatu, mungkin dalam bahasa Arab, ketika dia cuba menculik anak saya. Isteri saya berkata, dia menjerit 'No! No! No!' pada perempuan itu dan berjaya mendapatkan semula anak kami. Perempuan itu terus lepaskan anak saya dan segera beredar dari premis itu.
Saya meminta kakitangan kedai itu ambil video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan laporkan kepada pihak pengurusan. Tetapi kakitangan kedai itu kebinggungan dan berkata dia akan maklumkan kepada pihak pengurusan.
Saya rasa mungkin CCTVnya tidak berfungsi. Entahlah. Yang penting anak saya dah selamat sekarang.
Berhati-hati walaupun di mana anda berada dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Jangan biarkan anak berlari sana sini sampai tidak kelihatan di depan mata dan jangan biarkan orang yang tidak dikenali mengambilnya dari tangan kita.
Berdasarkan catatan tambahannya, pihak Sunway telah menghubungi Ho Wai Keong dan pihaknya mengambil maklum dan akan lebih berjaga-jaga selepas ini.
Difahamkan, kejadian itu berlaku di antara jam 7:00-7:10 malam. Ho Wai Keong juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Sunway.
Semakan polis di premis itu juga mendapati CCTV tidak berfungsi kerana mengalami kerosakan di bahagian hard disk. Ini bermaksud, kejadian itu langsung tidak dirakam.
Semakan pada CCTV lain juga tidak membantu berikutan jaraknya yang terlalu jauh.
Walaupun begitu, pegawai penyiasat menyedari kehadiran dua perempuan Arab yang dipercayai anak beranak. Suspek utama berpakaian gelap, manakala ibunya berpakaian biasa dipercayai bertindak sebagai pemerhati.
Video juga menampakkan suspek utama masuk ke dalam sebuah premis dan tiga minit kemudian dalam keadaan tergesa-gesa dia keluar menuju ke arah ibunya dan terus segera beredar. Selepas itu, kelihatan isteri kepada pengadu keluar untuk mencari pengadu di kedai sebelah.
Ho Wai Keong kesal dengan apa yang berlaku sehingga menyebabkan isterinya trauma.
Sumber: Ho Wai Keong
from The Reporter https://ift.tt/367LTj0
via IFTTT