Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan berkata, lelaki berusia 25 tahun itu disahkan positif dadah jenis methamphetamin dan amphetamin.
Ekoran itu, suspek akan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sementara itu, tindakan suspek yang memandu secara melulu sehingga merosakkan kenderaan orang awam akan diserahkan kepada pihak trafik untuk tindakan lanjut.
Menurut saksi yang juga perakam video itu mendakwa suspek cuba menyamun seorang lelaki OKU tetapi sehingga kini mangsa tidak tampil membuat laporan polis.
Sumber: Harian Metro
LAPORAN BERKAITAN
- 'Lelaki OKU cuba terjun dari kereta yang sedang bergerak, pemandu Myvi halang..' - Keterangan dari suspek pula tersebar
- Pemandu Myvi tolak lelaki tua OKU keluar dari keretanya - Polis
- (Video) 'Kejar dia bang! Kejar!' - Pemandu Myvi langgar kenderaan orang awam ketika cuba melarikan diri
from The Reporter https://ift.tt/2RSPQ78
via IFTTT