'Tak sangka saya jadi mangsa teknologi' - Zul Ariffin nafi lelaki dalam video viral itu adalah dirinya


April 2018, pelakon Zul Ariffin pernah dilanda kontroversi memuat naik gambar alat sulitnya di Instagram. Tetapi pelakon sado itu menafikan gambar itu adalah dirinya dan menegaskan akaun Instagramnya telah digodam. 

Kali ini, Zul Ariffin sekali lagi dikaitkan dengan video lucah yang menunjukkan wajah seorang lelaki yang seperti dirinya. 

Bagaimanapun, Zul tampil menafikan dakwaan liar itu dan menegaskan bahawa dia adalah mangsa teknologi.

"Sedangkan muka Mark Zuckerberg pun orang boleh 'deepfake', inikan pula saya. Senang sangat nak cari visual saya untuk buat 'deepfake' ini. Tak sangka pula kali ini saya pula menjadi mangsa. Ingatkan benda-benda macam ni orang buat kat ahli politik saja," katanya memetik laporandari Xtra. 

Foto OhBulan!

Selasa lalu, Zul juga menyahaktifkan akaun Instagramnya menyebabkan ramai yang membuat spekulasi mengaitkan dirinya dengan video tersebut. 

Menjelas mengenai perkara itu, Zul berkata dia mahu berehat sementara dari media sosial. 

Foto mStar Online

Sementara itu, netizen juga meragui ketulenan video tersebut disebabkan warna tona di antara kepala dan juga badan individu dalam video itu adalah berbeza. Tambahan, perut lelaki dalam video itu juga buncit, berbanding Zul yang sedia maklum sado. 

Tetapi ada netizen tidak bersetuju atas alasan six pack tak boleh kekal selama-lamanya jika seseorang itu tidak menjaga pemakanan. 

Deepfake merupakan satu teknik mengubah wajah seseorang pada gambar atau video, menggunakan teknologi dengan menggabungkan gambar atau video original dengan gambar atau video yang ingin dimanipulasi. 

Deepfake ini seringkali digunakan untuk tujuan yang jahat seperti membuat video filem dewasa yang menggunakan wajah selebriti, ahli politik dan yang sewaktu dengannya. 

Sumber: Xtra


from The Reporter https://ift.tt/2sougML
via IFTTT