Kebimbangan seorang ibu akhirnya reda apabila ular yang menceroboh kediamannya melalui lubang air di dalam bilik air berjaya ditangkap pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Sebelum ini, sudah banyak kali dia melihat ular itu cuba keluar dari lubang air bilik mandi, tetapi belum sempat ditangkap, haiwan itu telah masuk semula.
Jiran pengadu juga menghadapi masalah yang sama sehinggalah pada hari kejadian, ular itu terpaksa keluar dari lubang berkenaan kerana terlalu lapar.
OKEY, ramai yang tanya ular masuk rumah kita ke? Ya, rumah kita.
1. Masa mula kita nampak pada jam 5 pagi masa nak buang air kecil, ular itu dalam mangkuk tandas. Sementara lari nak panggil suami, dia masuk balik. Suami kata mungkin khayalan mata kita. Tapi kita yakin betul ular. Fobia punya pasal, kita tak buang air kat bilik air belakang.
2. Suami call, jiran sebelah rumah jumpa ular dalam bilik air dia. Macam biasa, baru nak tangkap, ular itu dah masuk dalam lubang tandas semula. Suami kata betul apa yang saya nampak, memang ular.
3. Keesokannya bila nak buang air kecil di tandas bilik, tiba-tiba lubang air terbuka. Pelik, kenapa boleh terbuka? Sebab anak-anak tak masuk bilik air itu. Kita diam lagi. Malam jam 2 pagi bila nak buang air, terdengar bunyi lubang tertutup tapi masih tak fikir ular.
4. Pagi itu kita mandi. Tengah gosok gigi, sekali kita tengok kat sebelah kaki dalam jarak sejengkal, ada kepala ular. Melompat kita, terus panggil suami dan dia call bomba... tanya boleh call ke kalau ular tunjuk kepala je? Katanya tak boleh sebab ular akan masuk. Just suruh siram air panas. So suami siram air panas dan sejak itu lubang air dalam tandas dihempap dengan batu.
5. Lubang tandas di dalam bilik air depan juga dihempap batu. Penutup mangkuk tandas juga dihempap dengan baldi air dan lubang tandas dengan botol berisi air dua liter.
6. Seminggu berlalu dan nak dijadikan cerita, malam tadi suami pergi mengaji dan dia tak hempapkan botol air, dia biarkan saja. Saya dan anak-anak tidur di bilik depan. Bila dia balik nak masuk tandas, sekali ular itu ada di atas pelapik tandas seperti dalam gambar. Ular itu nampak suami, terus aktif turun ke lantai.
7. Saya call JPAM. Sementara tunggu JPAM tiba, ular dari keluar dari tandas menuju ke dapur dan akhirnya dapat ditangkap. Ular itu panjang dalam lima kaki dan kurus, memang dia tengah lapar.
JPAM pesan:
- Tutup semua lubang tandas atau lubang air dalam bilik air (hempap dengan benda berat).
- Sebelum guna tandas, pam dulu. Baru buka penutup mangkuk tandas.
- Selepas guna, tutup mangkuk tandas dengan penutupnya dan hempap dengan benda berat.
- Pintu bilik air jangan dibiarkan dibuka bagi elakkan haiwan berbisa masuk ke bilik. Biar dia di dalam bilik air sahaja.
Nasib ini ular sawa. Kalau ular berbisa? Sama-sama kita berhati-hati. TQ JPAM!
Sumber: Izz Zafirah Aisyah
from The Reporter https://ift.tt/2PXJSiI
via IFTTT