'Tengok mak bagi, molek je diam' - Bayi berusia 25 hari mati akibat disuap mertua dengan makanan pejal
Wanita ini bersabung nyawa demi melahirkan bayi yang dinanti-nantikan. Ketika ibu-ibu lain sudah berpantang dengan selesa dan menguruskan bayi mereka di rumah, wanita pula terpaksa berulang alik ke hospital untuk menjenguk anaknya yang masih di dalam pemantauan hospital. Tetapi, demi anaknya, dia gagah walaupun sakit. Ketika ini, dia berpantang di rumah ibu mertuanya.
Keadaan yang disangka aman, rupanya sebaliknya yang berlaku. Dia bukan sahaja terganggu dengan suasana bising di rumah mertuanya, malah satu kejadian yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayat berlaku pada dirinya. Tanpa pengetahuannya, ibu mertuanya telah menyuapkan makanan pada bayinya yang baru berusia 25 hari. Apa yang menyedihkan, anaknya telah disahkan meninggal dunia.
ASSALAMUALAIKUM. Sekadar perkongsian peristiwa yang terjadi pada diri sendiri.
Tanggal 20 April, saya selamat melahirkan anak secara ceaser sebab baby dah tertelan najis. 20 hari duduk di wad dan on antibiotik. Saya berpantang di rumah mentua. Pada awalnya semua berjalan lancar walau sakit tetap gagah ulang alik ke hospital untuk susukan anak.
Husband janji lepas anak keluar ward nak hantar saya berpantang rumah mak saya sebab saya tak selesa di rumah mentua dengan keadaan yang amat bising. Akhirnya anak Alhamdulilah dapat keluar. Saya ingat husband terus hantar balik kampung rupanya tak, terus balik rumah mak dia. Saya pujuk hati takpe, nanti dia hantar (rumah mak saya).
Seminggu anak balik macam-macam saya hadapi. Keadaan rumah bising dengan anak-anak saudara dia yang terlalu buas sampai baby saya selalu menangis sebab tidur terganggu. Kadang-kadang sengaja buat bising nak suruh baby saya bangun.
Time ni emosi saya mula terganggu dengan berjaga malam, anak asyik menangis dan part paling serabut ibu mentua dan ayah mentua dah mula bising suruh bagi anak makan. Katanya anak menangis sebab lapar. Baby berusia 25 hari, besar mana perut?
Mula-mula saya tak endah, tapi tiap kali baby nangis paksa husband dan paksa saya suruh bagi anak makan. Husband tak layan begitu juga dengan saya. Mulalah membebel cakap saya ni tak nak dengar cakap. Orang dulu-dulu ok je bagi anak sekecil itu makan.
Saya mula hampir-hampir meroyan, suami dah kena pergi kerja. Satu hari entah macam mana saya terlelap ibarat gunung berapi pun tak sedar (sebab berhari-hari tak tidur). Bila saya sedar, tengok baby tak ada rupanya, ada dengan ibu mentua. Dia siap cakap,
"Ni anak kau dari tadi melalak. Sekarang dah kenyang. Itulah, mak suruh bagi makan tak nak, tengok mak bagi molek je diam.."
Perasaan saya pada waktu tu, luruh jantung. Saya ambik baby dan dakap sambil nangis.
Dua hari selepas tu, baby asyik menangis dan demam. Malam tu dia menangis tanpa henti. Muka dah kebiruan, cepat-cepat hantar ke hospital. Sampai sana (hospital), anak dah nyawa-nyawa ikan. Mengucap panjang doktor bila tahu bayi seusia 25 hari diberi makan dan akhirnya anak saya pergi untuk selamanya sejam kemudian.
Doktor cakap usus dan perut anak hampir pecah disuap seakan nasi. Dan untuk pengetahuan semua, ini bukan kisah rekaan, ini yang baru terjadi dalam hidup saya. Hampir 4 bulan telah berlalu tapi terlalu sukar untuk saya maafkan ibu mentua. Kejam kah saya??
Sumber: Info Ibu Hamil
from The Reporter https://ift.tt/2S9Bi2K
via IFTTT