Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan, tiga warga China yang memasuki negara ini disahkan positif koronavirus.
Menteri Dzulkefly Ahmad berkata, tiga warga China itu masuk ke Malaysia melalui Johor Bahru itu, merupakan ahli keluarga terdekat dengan kes pertama yang berlaku di Singapura.
"Mereka kini dirawat di Hospital Sungai Buloh dan dalam keadaan stabil," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
Tiga warga China terbabit adalah seorang wanita berusia 65 tahun yang merupakan isteri kepada pesakit di Singapura (66 tahun) dan dua cucu lelakinya.
Sumber: Berita Harian
from The Reporter https://ift.tt/30SZDfV
via IFTTT