'Bila diajak main, mereka terus masuk bilik buka baju' - Kecewa ditinggalkan teman wanita, lelaki ini jadi pedo & ratah 11 pelajar lelaki
Setelah dua minggu diburu, polis berjaya menangkap seorang lelaki yang didakwa meliwat 11 pelajar lelaki.
Suspek, Hasan atau nama popularnya, Mami Soleh, 47, ditahan selepas salah seorang mangsa membuat laporan polis.
Siasatan awal mendapati, suspek melakukan jenayah pedofilia ini semenjak tahun lalu dan kesemua perbuatannya terhadap 11 mangsa itu dilakukan di rumahnya di Jawa Timur, Indonesia.
Dengan mengumpan menggunakan wang, Hasan mencabul 11 mangsa itu yang rata-ratanya masih bersekolah.
"Kadang-kadang dia buat pencabulan itu di dalam bilik, adakalanya di ruang tamu," kata jurucakap polis.
Hasan mengaku kebanyakan mangsa yang datang kepadanya dengan alasan mereka memerlukan wang. Hasan terus bersetuju untuk memberikan sejumlah wang kepada mangsa dengan syarat mangsa harus melayani nafsu songsangnya itu.
"Mereka datang kepada saya dan beritahu perlukan duit. Bila diajak main, terus mereka mau. Kemudian masuk ke bilik dan dia (mangsa) terus buka pakaian," kata dalam sidang media yang diadakan oleh Polis Jatim, Isnin 20 Januari 2020.
Hasan juga mengaku, dia sebelum ini pernah menjalinkan hubungan dengan wanita. Namun hubungan mereka menjadi rumit menyebabkan Hasan trauma. Perkara itu juga mendorong perubahan seksual Hasan ketika dia berusia 30 tahun.
Sebelum ditahan polis, rakannya pernah memberi nasihat agar berhenti dari terus melakukan perbuatan terkutuk itu, tetapi Hasan langsung tidak peduli.
Hasan juga sanggup meminjam wang dah Ah Long semata-mata mahu memberi 'upah' kepada mangsanya.
"Dia sebenarnya tidak kaya, ke mana-mana saja pun dia naik motor. Tapi dia nekad berhutang hanya untuk berwik-wik (hubungan badan)," kata salah seorang rakannya.
Difahamkan, Hasan memberi wang kepada mangsanya 150,000-250,000 rupiah (RM44-RM74) untuk sekali kali melakukan perbuatan keji itu.
Dalam pada itu, polis juga mengakui sukar mereka mahu menangkap suspek kerana suspek mempunyai banyak 'mata-mata' yang memaklumkan kepadanya mengenai kehadiran polis. Ini menyebabkan mereka terpaksa mengambil masa dua minggu untuk memburunya.
Siasatan lanjut juga mendapati, Hasan merupakan ketua komuniti lelaki songsang yang mempunyai 500 anggota.
Sumber: Sosok
from The Reporter https://ift.tt/2NXtRcl
via IFTTT