'Kalau tertelan mata kail ni, siapa nak tanggung?!'


Terjumpa ulat, rambut, lipas dalam makanan itu mungkin perkara yang sudah biasa berlaku apabila makan di kedai/restoran. Tetapi tidak bagi kes ini di mana pengadu terkejut terjumpa mata kail dalam ikan yang dijamahnya. 

Seperti yang dikongsikan Nor Azriah Abd Aziz di Facebooknya, dia terjumpa mata kail yang masih bertali tangsi itu di dalam hidangannya. Sudah dimaklumkan kepada pemilik kedai tetapi respon yang diterima amat mengecewakan. 

INSIDEN yang berlaku hari ini. Tak tahu nak cakap apa. Persoalannya, kalau ikan ini dah dicuci bersih, takkanlah tak jumpa mata kail ini? Ini siap pakej dengan tali tangsi lagi. Besar tu! Kalau kecik, rasanya dah ditelan sekali. 

Dah beritahu owner kedai, tindakan dia cuma minta maaf sekali itu sahaja. Tak minta free pun, sekurang-kurangnya kau gantikanlah dengan ikan lain ke. Ini tak, diambilnya pinggan and say sorry. Pastu dah terus senyap macam itu sahaja. Bayar tetap bayar. 

Lagi satu, servis down (tak memuaskan) sebab masa panggil pekerja itu, dia siap tengking balik "Apa?!". Sedihlah ada peniaga yang tak mementingkan kebersihan makanan. 

Bukan berniat nak mengaibkan peniaga itu tetapi lebih kepada memberi peringatan supaya pihak kedai lebih menitik beratkan soal kebersihan makanan yang dijual kepada pelanggan. Kasihan orang yang lapar nak datang makan di kedai, tiba-tiba mengalami masalah seperti ini. Allahu. 

Kalau tertelan tadi, macam mana? Siapa yang nak menanggung kos perubatan apa semua? Ingat hal itu remeh ke kalau benar-benar terjadi? 

Sangat berharap pihak berkenaan ambil berat soal kebersihan. Saya kecewa sungguhlah. 



from The Reporter https://ift.tt/2NQYa49
via IFTTT