'Kau aku mati, korang semua akan mati dengan aku!' - Pesakit koronavirus biadab ludah muka pegawai perubatan


Ramai yang meluahkan rasa kebimbangan terhadap penularan virus koronavirus dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan diri dan ahli keluarga kekal sihat. 

Di China, sudah pasti pegawai perubatan dan petugas hospital berkhidmat 24 jam bagi merawat mereka yang telah disahkan positif koronavirus. Biarpun berdepan dengan risiko dijangkiti, mereka masih setia memberikan khidmat agar pesakit dapat dipulihkan. 

Tetapi, adakah usaha dan pengorbanan mereka itu dihargai? 

Dalam satu kes yang berlaku di Shijiazhuang, Hebei, seorang pegawai perubatan memaklumkan kepada rakannya yang dia tidak dibenarkan bercuti pada perayaan Tahun Baru Cina akan datang kerana perkhidmatan mereka adalah amat diperlukan pada waktu ini. 

Katanya lagi, dia juga berdepan dengan seorang pesakit yang mengalami demam dan memberi pesakit itu topeng muka bagi mengelakkan virus itu berjangkit pada pesakit lain. 

"Ada ramai orang sakit di hospital. Memandangkan encik tidak sihat dan sistem keimunan encik tidak kuat, pakailah topeng muka ini supaya kesihatan encik tidak terjejas." 

Tiba-tiba pesakit itu mengamuk dan membaling beberapa barang ke arahnya dan menjerit, 

"Aku dah sakit, buat apa kau nak bagi aku topeng muka sekarang?!" 

Tidak cukup dengan itu, lelaki itu bangun dan menarik topeng muka pegawai perubatan itu lalu meludah mukanya.

"Kalau aku tak boleh hidup, korang semua akan mati dengan aku sekali!" 

Difahamkan, lelaki itu mengamuk kerana pihak hospital mengalami kekurangan ubat untuk merawat pesakit yang disahkan positif koronavirus. 


Pegawai perubatan itu berkata, ini kali pertama dia menangis sepanjang kerjayanya sebagai pegawai perubatan. Namun dia tetap optimis dan berkata, lelaki yang meludah dia itu mungkin hanya mengalami demam biasa sahaja. 

Dalam satu kes berasingan yang juga viral di media sosial, seorang doktor di Wuhan turut berdepan dengan kejadian yang hampir sama. 

Menurut doktor itu, keluarga pesakit bengang dan mengoyakkan pakaian keselamatannya. 

"Kenapa korang pakai baju keselamatan ni?? Kalau aku dah nak mati, kita semua akan mati bersama," katanya. 

Netizen kesal dengan sikap pesakit yang amat agresif dan tidak bersyukur itu. Kata netizen, pesakit seharusnya bersyukur kerana petugas perubatan banyak berusaha untuk merawat pesakit dan apa yang ditunjukkan oleh dua pesakit itu jelas sekali biadab dan kurang ajar. 



from The Reporter https://ift.tt/2RYSyq7
via IFTTT