Rusia sekat kemasukan pelancong China, elak rakyatnya dijangkiti koronavirus


Penerbangan ke Moscow dari Wuhan, China telah disekat buat sementara waktu kerana bimbang dengan penularan wabak Koronavirus. 

Sebelum penggantungan itu, lapangan terbang di Rusia mengambil langkah berjaga-jaga dengan menyaring semua pelancong dari China selepas ratusan rakyat dari negara itu dijangkiti wabak berkenaan dengan 41 kes kematian dilaporkan. 

Menteri Kesihatan Rusia baru-baru ini juga menganggap penularan wabak koronavirus itu sebagai ancaman biologi kepada negaranya. 

Rusia juga telah mencatatkan kes terbaru di mana dua pesakit telah dimasukkan ke sebuah hospital di St. Petersburg kerana mengalami simptom-simpton koronavirus. 

Kedua-dua lelaki itu dikesan positif koronavirus selepas tiba di Lapangan Terbang Pulkovo St Petersburg dari Shanghai. 

Mereka telah dihantar ke Hospital Botkin St. Petersburg untuk rawatan penyakit berjangkit dan ujian saringan menunjukkan mereka mengalami tanda-tanda jangkitan pernafasan tetapi tidak membawa penyakit tersebut. 

Sumber: The Guardian


from The Reporter https://ift.tt/3aLrd3g
via IFTTT