Seorang bayi perempuan berusia lima bulan meninggal dunia selepas dirogol oleh sepupunya, Pappu, berusia 30 tahun.
Sebelum kejadian, ibu bapa bayi itu sedang sibuk melayani tetamu di majlis perkahwinan yang diadakan di Daudnager, India pada malam Ahad
Pada jam 7 malam, Pappu, 30, datang menghampiri ibu saudaranya yang sedang mendukung mangsa dan meminta kebenarannya untuk mendukung si kecil itu. Tanpa mengesyaki apa-apa, si ibu terus membenarkan.
Selepas jam 9 malam, kelibat mereka berdua masih belum kelihatan menyebabkan si ibu panik lalu melakukan pencarian secara beramai-ramai
Tidak beberapa lama kemudian, mangsa ditemui terbaring tidak sedarkan diri di halaman tapak majlis, di sebelah suspek. Suspek terus melarikan diri tetpai berjaya ditahan semula pada keesokan hari.
Doktor mengesahkan, mangsa telah meninggal dunia apabila sampai di hospital.
Laporan bedah siasat juga mendapati mangsa telah dirogol.
Sementara itu bapa mangsa mendakwa anaknya telah dirogol oleh Pappu. Demi menuntut keadilan untuk mangsa, bapanya memfailkan kes itu ke mahkamah atas tuduhan menculik, merogol dan membunuh.
Sumber: Daily Mail
from The Reporter https://ift.tt/39ThAxR
via IFTTT