Kejam! Seekor kucing betina yang bunting ditemui mati dalam keadaan yang sangat mengerikan, dipercayai dijadikan sebagai bahan pemujaan.
Dalam kejadian yang berlaku pada 17 Februari 2020 di Taman Mutiara Rini, Johor Bahru, di mana bangkai haiwan itu ditemui oleh pemiliknya sendiri berhampiran dengan rumah jiran.
Kucing yang diberi nama Shaehu itu sebelum ini dilaporkan telah hilang dari perkarangan rumah pemiliknya, Ibtisam Ibrahim Azmi, 38, sejak 14 Februari 2020.
Menurut Ibtisam, dia cuba mencari kucing kesayangannya itu yang disyaki tersesat, tetapi usahanya menemui kegagalan. Sehingga pada Isnin lalu dia ternampak bangkai kucingnya berhampiran rumah jiran.
Setelah diperiksa, pemiliknya terkejut apabila mendapati keadaan bangkai kucingnya itu berada dalam keadaan tidak sempurna di mana separuh badannya dibakar, matanya dikorek, mulut berlumuran darah.
Pemeriksaan di lokasi kejadian juga menemui kesan rumput terbakar, kayu hangus, lilin yang sudah digunakan dan beberapa batang colok.
Ekoran kejadian itu, Ibtisam membuat laporan polis untuk tindakan lanjut pihak berkuasa dan berharap pelakunya dapat ditangkap dan dikenakan tindakan.
Justeru, Persatuan Haiwan Malaysia (MAA) meminta orang ramai yang mengetahui kejadian itu tampil membantu siasatan dan menawarkan ganjaran RM5,000 kepada mereka yang mempunyai maklumat.
Selain itu, maklumat juga boleh disalurkan terus ke talian WhatsApp +6011-20901097.
Sumber: Persatuan Haiwan Malaysia (MAA)
from The Reporter https://ift.tt/2vICNMv
via IFTTT