Kucing gigit kabel peti sejuk, maut terkena renjatan elektrik


Seekor kucing ditemui mati akibat terkena renjatan elektrik selepas haiwan itu menggigit wayar peti sejuk sehingga rosak. 

Dalam kejadian yang berlaku di Thailand, pemilik haiwan itu berkata, dia terkejut apabila menemui kucingnya dalam keadaan yang tidak bernyawa dengan wayar peti sejuk masih berada di mulut. 

Lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu berkata, dia menyalahkan dirinya di atas kematian kucingnya itu. 

"Rasa bersalah sangat sebab tak simpan kabel elektrik itu dengan baik. Maaf sebab tak dapat jaga dia (kucing betina) dengan baik sampai dia bermain dan gigit kabel elektrik peti sejuk lalu terkena renjatan elektrik. 


"Semoga menjadi pengajaran kepada mereka yang mempunyai haiwan peliharaan agar dapat mengemas segala kabel elektrik dengan baik supaya kejadian seperti ini tidak berulang," katanya. 

Sumber: MGR Online


from The Reporter https://ift.tt/39EsTtY
via IFTTT