'Mereka sudah berdamai, Alhamdulillah' - Nenek


Susulan viral video ibu murid memaksa ustazah merangkak kerana tidak puas hati anaknya didenda sehingga cedera dan trauma, si ibu berkenaan dikatakan telah tampil memohon maaf. 

Menurut nenek saudara kepada murid itu, Angah Fhira berkata, kejadian itu berlaku pada minggu lalu dan video itu telah disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab. 

"Mereka sudah berdamai, Alhamdulillah. Mungkin kedua-duanya silap sebab bertindak mengikut emosi. Saya yang hanya nenek saudara kepada murid pun kena maki hamun sebab tolong jelaskan apa yang berlaku. 

"Habis satu family saya kena kacau dan perniagaan saya turut terkena tempias," katanya yang juga sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap netizen yang bertindak melampau batasan. 


Bagi Angah, apa yang berlaku itu perlulah dianggap sebagai ujian dan ibu bapa tidak semestinya betul dan begitu juga dengan guru. 

Jelasnya, video itu bukan diviralkan oleh ibu kepada cucunya itu, tetapi oleh individu yang tidak bertanggungjawab. 

"...bukan parents yang viralkan. Kejadian berlaku minggu lepas. Kalau kami mahu viralkan untuk tujuan memalukan, dari minggu lepas lagi kami sudah viralkan. Terima kasih kepada yang upload dan share, sebab dah memalukan kedua-dua pihak," katanya. 

Sumber: Angah Fhira

LAPORAN BERKAITAN


from The Reporter https://ift.tt/2w0AODo
via IFTTT