Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan akan bertemu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad, kata seorang pemimpin PKR, lapor MalaysiaKini.
"Anwar akan berjumpa Mahathir di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya menjelang 9.30 pagi," kata sumber.
Namun sumber itu mengatakan dia tidak pasti akan yang akan dibincangkan oleh Anwar dengan Mahathir.
Semalam, Anwar mendakwa Pakatan Harapan (PH) telah dikhianat oleh bekas rakan mereka, BERSATU dan beberapa ahli PKR dalam usaha membentuk kerajaan baharu melalui 'pintu belakang'.
Anwar dan Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah juga akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 2 petang hari ini.
DAP juga dilaporkan akan mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat mereka.
Sumber: MalaysiaKini
from The Reporter https://ift.tt/2Pdx6wT
via IFTTT