'Sajat tak pernah insaf mengubah ciptaan Allah ke atas dirinya, malah bangga' - Mujahid hentak Sajjad cukup-cukup
Beliau berkata, lelaki itu tahu bahawa tindakannya itu menimbulkan rasa kurang senang masyarakat tetapi tidak pernah mengendahkannya.
"Saya bercakap soal Muhammad Sajjad ini memandangkan dia tidak pernah insaf melakukan perbuatan mengubah ciptaan Allah ke atas dirinya.
"Kalau pun sifat dia lembut, tetapi itu bukan lesen untuk mempamerkan pelbagai bentuk dan gaya lucah itu kerana sudah melanggar syariat.
"Orang bercakap benda ini bukan sekarang, tetapi sejak 2016. Tetapi dia tidak pernah mengambil apap-apa atau insaf atau memperbaiki dirinya.
"Isunya, dengan mempamerkan perlakuan tidak senonoh itu sendiri boleh menyebabkan kebejatan dalam moral. Dengan pelanggaran itu, dia bangga dan semakin galak menunjukkan seolah tidak kisah semua ini dan tiada perkiraan sensitiviti langsung kepada masyarakat," katanya.
Mujahid juga menyangkal dakwaan masyarakat kononnya beliau tidak mengambil tindakan terhadap lelaki itu, sedangkan dari pihaknya sudah membuat aduan kepada pihak berwajib dan keputusan akhir untuk pelaksanaan tindakan undang-undang adalah di tangan pihak berwajib.
"Di luar sana orang kata, Mujahid buat apa? Tak buat apa, Mujahid kata ini perkara kecik. Itu saya nak jawab.
"Kita buat aduan, bukan kita tak buat. Tetapi cuba kita sama-sama fikirkan, setelah usaha yang kita buat itu, tetapi keputusan akhir bukan di tangan saya. Sebab, SKMM bukan bidang di bawah Jabatan Perdana Menteri, bukan di bawah saya. Jadi, jangan marah kepada menteri agama.
"Tetapi sekurang-kurangnya saya mengambil inisiatif. Orang yang bising-bising itu, apa yang dia buat? Ustaz-ustaz yang mengajar maki hamun tu, sambil dia maki hamun tu, dia kata pula saya tak buat kerja. Dia buat apa?" katanya.
Kes Sajjad bertelekung di tanah suci masih dalam siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Masyarakat sehingga kini masih menunggu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap ahli perniagaan itu.
Sumber: Harian Metro, Mujahid
from The Reporter https://ift.tt/38GbyAI
via IFTTT