'Suara ayah dia meraung sebut "AllahuAkbar" tu sampai kami di tingkat 3 dengar jelas' - Staff gesa netizen berhenti kutuk bapa mangsa
Semalam kita dikejutkan dengan berita seorang bayi ditemui mati dalam kenderaan bapanya di Kompleks Tun Razak di Indera Mahkota, Kuantan. Kejadian tersebut disedari oleh bapanya ketika mahu keluar dari pejabat dan memasuki kenderaan tersebut kira-kira jam 1 tengah hari. Susulan kejadian itu, netizen mula menyalahkan bapanya yang bersikap cuai dalam hal ini.
Memahami situasi yang berlaku, salah seorang staff yang bekerja di bangunan yang sama dengan bapa mangsa menceritakan keadaan yang sebenar. Ujarnya rutin menghantar anaknya ke taska adalah dilakukan oleh ibu mangsa. Kebetulan pada hari kejadian, ibu mangsa dikatakan perlu bertugas di luar kawasan dan tugas tersebut diambil alih oleh bapa mangsa.
Lelaki ini juga menyeru kepada netizen agar berhenti mengkritik bapa mangsa dan kita seharusnya mendoakan agar mereka sekeluarga diberikan kekuatan menghadapi ujian ini.
AKU tengok ramai sangat yang duk mengutuk ayah budak yang meninggal dalam kereta tu. Sebagai salah seorang staff yang bertugas di bangunan yang sama, aku nak bagitau rutin setiap hari budak ni dihantar oleh ibu dia ke pengasuh/taska.
Hari ni ceritanya mak dia kena outstation dan tugas tu diambil oleh ayah. Budak ni pulak katanya demam dan tidur dekat belakang seat.
Ayah dia sampai ke opis seperti biasa langsung terlupa pada anak. Ayah dia baru sedar dalam pukul 12 tengah hari (kalau ikut masa jam aku). Masa dia nak keluar lunch hour.
Korang tau, suara ayah dia meraung sebut "AllahuAkbar" tu sampai kami yang kat tingkat 3 dengar dengan jelas.
Korang boleh bayang tak macam mana perasaan ayah dia pada masa tu? Terus diorang hantar ke klinik kesihatan bersebelahan dan seperti kita maklum, anak dia tak dapat diselamatkan.
Dari masa ayah dia sampai ke opis sampailah ke masa dia sedar anaknya dalam kereta tu, berapa ramai staf lalu lalang (termasuk aku) dan tak ada sorang pun Allah gerakkan untuk tengok dalam kereta tu.
Korang boleh kata macam-macam pada ayah arwah ni sebab tak kena kat korang atau family.
Ingat lupa ini bukan dibuat-buat. Ada masanya dalam kau bercakap pun kau lupa apa kau sebut 5 minit lepas. Aku nak tanya korang, sebagai seorang mak dan ayah, berapa ramai yang sanggup tengok anak mati depan mata sendiri?
So hati-hati mengutuk, silap hari nanti berbalik pada kau. Baru kau sedar apa itu Qada Dan Qadar.
Alangkah bagus jika kecaman korang ditukar kepada doa agar Allah memberikan kekuatan kepada ibu bapa dan family arwah.
Sumber: Aku Arejax
LAPORAN BERKAITAN
from The Reporter https://ift.tt/3bJRcbC
via IFTTT