Ahli Parlimen UMNO termasuk bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan sudah menandatangani akuan berkanun (SD) bagi membolehkan Perdana Menteri Tun Dr Mahahtir Mohamad membentuk gabungan baharu yang dinamakan sebagai Perikatan Nasional.
Menurut Najib, gabungan baharu itu bakal dibentuk di Putrajaya tetapi dengan syarat-syarat tertentu.
Perikatan Nasional yang bakal dibentuk adalah gabungan daripada Bersatu, UMNO, PAS, Warisan dan GPS.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad mendakwa Azmin Ali merupakan dalang yang mencetuskan pergolakan dalam Pakatan Harapan dan ia dapat dilihat melalui tindak tanduknya bersama sekutu untuk membentuk kerajaan 'pintu belakang'.
"Dalam soal ini saya rasa Azmin dan group Azminlah yang jadi player (dalang) utama.
"Mungkin kerana dia sendiri ada agenda dia. Saya tidak tahulah. Pasal kalau ikut apa yang disebarkan, itulah yang sedang dilakukan," katanya pada sidang akhbar khas pejabat Kementerian Wilayah Persekutuan di sini hari ini.
Sumber: Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/38TjkHw
via IFTTT