'Yang bestnya, aku dapat ludah makanan orang Cina' - Chef buat onar di hotel Genting Highlands, dipecat serta-merta
Bekerja di bahagian 'FNB' sememangnya bukan mudah, lebih-lebih lagi jika sesebuah restoran itu merupakan restoran pilihan para pelanggan.
Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter bernama Pul (@ABCDEpul) memuat naik pengakuan berani mati mengenai tindakannya melakukan onar di tempat kerjanya iaitu Grand Ion Delemen Hotel, Genting Highlands.
Menurut sumber dari forum Lowyat, tweet tersebut dimuat naik oleh Pul pada jam 8.53 malam, 20 Februari 2020 dengan kata-kata berikut,
"Banyak s*al kerja aku. Tapi apa yang bestnya pasal kerja aku, aku dapat ludah makanan orang Cina."
Pengakuannya itu membuatkan netizen terkejut dan mula menyiasat latar belakang lelaki itu. Netizen turut membuat aduan kepada pihak hotel yang memberikan respon bahawa mereka akan melakukan siasatan.
Siasatan awal mendapati lelaki itu ada memuat naik tweet yang boleh mencetuskan kebencian kaum dan fitnah di media sosial tanpa berfikir panjang akan kesan dan akibat dari perbuatannya itu.
Dalam pada itu, Grand Ion Delemen Hotel juga memberi jaminan yang hidangannya sentiasa diselia oleh ketua chef sebelum dihidangkan kepada pelanggan. Selain itu, pihaknya sentiasa menitikberatkan soal kebersihan dan kualiti makanan.
Semakan juga mendapati, Pul telah menyahaktifkan akaun Twitternya.
Sumber: Lowyat
from The Reporter https://ift.tt/2Pphiaq
via IFTTT