'Berani ke pihak kesihatan nak saman pemimpin ini?' - Netizen gesa penguatkuasa saman pemimpin merokok di zon larangan
Pada 14 Jun 2011, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewartakan lima zon di Negeri Melaka sebagai kawasan larangan merokok dan ini termasuklah di dalam mana-mana hotel, premis perniagaan dan yang sewaktu dengannya. (RUJUK)
Baru-baru ini tersebar pula gambar dan video ada beberapa pemimpin parti politik merokok di dalam Hotel MITC, Melaka, sewaktu sedang mengadakan sidang media baru-baru ini dan tindakan itu mengundang pelbagai reaksi negatif dari netizen.
Gambar dan video itu baru saja dimuat naik oleh pengendali laman Facebook Selangor Bebas Asap Rokok (SBAR).
REAKSI NETIZEN
Netizen menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemimpin terbabit kerana sudah jelas terbukti bahawa individu itu melakukan kesalahan. Jika tidak dikenakan tindakan, netizen beranggapan pihak berkuasa hanya bersikap berat sebelah sahaja.
Bagi individu yang merokok di zon larangan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004.
Sumber: Selangor Bebas Asap Rokok
from The Reporter https://ift.tt/2TvaB84
via IFTTT