Penyanyi, Maya, 44, dilaporkan telah meninggal dunia akibat kanser pada hari ini.
Maya atau nama sebenar, Myanaliza binti Ruslee, menghidap kanser tisu sejak tahun lalu, tetapi tidak mahu berita mengenai penderitaannya itu dihebahkan kepada peminat, media dan masyarakat.
Menurut rakannya, Haiza, dia masih menunggu maklumat terkini.
"Saya dapat panggilan daripada Kak Ieda (Moin) yang memaklumkan mengenai berita ini. Setakat ini, saya dimaklumkan jenazah arwah berada di Sungai Buloh. Namun belum tahu di mana lokasinya secara spesifik," katanya.
Difahamkan, Maya selama ini mendapatkan rawatan di China.
Haiza berkata, dia hanya mengetahui perkara itu semenjak Maya menyertai program Gegar Vaganza musim kelima 2018 dan kali terakhir mereka bertemu ketika Maya dimasukkan ke Hospital Pantai Kuala Lumpur pada penghujung tahun lalu.
Sumber: Astro Awani, Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/3aZx04i
via IFTTT