(Video) 'Degil sangat' - Polis 'jemput' bapa kepada anggota tabligh yang enggan jalani ujian saringan Covid-19


Kedegilan seorang warga emas memaksa pihak Jabatan Kesihatan Daerah Labuan mendapatkan bantuan polis untuk membawanya menjalani ujian Covid-19, susulan lelaki berusia 68 tahun itu merupakan kontak pertama anaknya yang menghadiri perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling, Selangor, hujung Februari lalu. 

17 Mac 2020, lelaki itu sudah diarahkan untuk menjalani ujian dan kuarantin selama 14 hari di Hospital Labuan, tetapi dia enggan berbuat demikian. 

Dua hari kemudian (19 Mac), pasukan perubatan Hospital Labuan telah pergi ke rumah warga emas itu untuk membawanya ke hospital bagi menjalani ujian saringan Covid-19, tetapi dia enggan memberikan kerjasama.

Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Muhamad Farid Ahmad berkata, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan datang 'menjemput' warga emas itu.


Akhirnya lelaki itu berjaya diserahkan kepada pasukan perubatan untuk menjalani ujian Covid-19 dan kuarantin selama 14 hari di Pusat Kuarantin Hospital Labuan. 

Video lelaki itu dijemput polis dan petugas perubatan juga viral di media sosial. 



from The Reporter https://ift.tt/393LYVM
via IFTTT