'Ada 'benda' yang nak melawat kita malam ni.....'


Ramai yang bercerita mengenainya, tetapi jarang yang dapat melihatnya. Setiap orang mempunyai pengalaman paranormal/mistik masing-masing. Ini sekadar perkongsian sahaja. Bagi yang lemah semangat, anda tidak digalakkan untuk terus membaca. 

KISAH 1

Masa saya bersalin anak ketiga di sebuah hospital kerajaan, seperti biasa saya akan minta first class one bed room with fan (tak suka aircond). Tapi suami pula mintakan one bed room with aircond. So saya duduklah dalam bilik yang ada aircond. 

Bila duduk di dalam bilik itu, saya mesti nak tidur menghadap pintu bilik air. Macam tak sedap hati je dengan bilik air tu.

Bila dah deliver pun, saya tetap tidur menghadap bilik air tu. Walaupun rasa kekok dengan baby di sebelah. Rasa macam kalau ada sesuatu yang keluar dari bilik air tu, I will be ready for it since I will see it immediately. 

Bila malam (saya di hospital dua malam), dalam pukul 10 malam, saya akan tutup semua lampu. Tapi pintu bilik saya bukakan sedikit untuk dapat pencahayaan dari koridor.

Kira-kira setengah jam kemudian, nurse datang dan buka semula lampu bilik. Saya hairan dan bengang. 

"Kalau lampu terang, saya susah nak tidur," saya kata. 

"Tak apa, biarlah lampu terbuka," kata nurse. 

Malam seterusnya pun macam tu. Selepas saya tutup lampu, tak beberapa lama kemudian nurse akan datang buka semula lampu bilik. Bila saya tunjuk muka hairan, dia kata, 

"Tak elok tutup lampu, biar buka," tegasnya seperti memberi arahan. 

Dua hari kemudian, saya pun discharged. 

My next pregnancy a year later. I was at the same hospital sebab bleeding. Sebelah katil saya, pesakit yang dok keluar masuk hospital sebab dia ada kanser rahim. Dia kata semua bilik yang ada 'problem' dalam hospital tu. Dia tahu sebab banyak floor dia dah duduk. 

Dia ceritakan cerita hantu kat bilik yang saya duduk sebelum ini. Rupa-rupanya bilik itu dulu ada 'benda' yang duduk dalam tandas. 'Benda' tu akan selalu buat kacau kalau bilik itu gelap. Itulah sebabnya nurse akan pastikan lampu bilik itu sentiasa dibuka supaya 'benda' itu tak kacau saya. 

Kemudian saya cakaplah dekat pesakit tu yang saya nak pindah katil di depan saya ni (4 bedded room) apabila auntie di depan itu discharge petang nanti. Sebab katil itu katil baru, katil saya pula katil lama. 

"Jangan pindah. Katil depan tu berhantu. Dulu ada orang mati kat situ. Lepas tu, sesiapa yang tidur di katil itu mesti tak lena tidur sebab dikacau 'benda' tu. Tapi kacau sikit-sikit sajalah dan pesakit yang tidur di katil itu tak dapat tidur," katanya. 

Patutlah saya tengok auntie tu resah je bila malam-malam. - Macademia


KISAH 2

Mak aku pernah bermalam di hospital untuk buang ketumbuhan kat breast dia. Mak minta bilik untuk seorang sebab nak privasi. Pak Lang dah warning. 

"Kau berani ke nak tidur seorang-seorang kak? Macam-macam kes dah pernah terjadi." 

Last-last kakak aku kena temankan mak tidur kat hospital tu sebab mak takut. Kakak tidur di kerusi malas dan tengok tv sampai larut malam. Kemudian dia tertidur dan biarkan tv itu on. 

Mak terjaga dari tidur dan tengok kakak dah tidur tapi tv masih dibiarkan on. Dia pun ambil remote dan padamkan sebelum kembali tidur. Elok je mak off tv, kakak terus kena himpit. Puas bertarung, akhirnya kakak berjaya lepaskan diri. 

Kakak kata, dia saja bagi tv itu on sebab nak bagi bising sikit. Sebelum tidur balik, kakak sekali lagi biarkan tv itu on. 

Tak beberapa lama kemudian, mak terjaga lagi. Tengok tv masih on. 

"Budak ni, aku dah tutup tadi. Apsal gi buka balik," mak ambil remote dan off tv. 

Sekali lagi kakak dihimpit. Kakak lawan lagi dan dia berjaya. Kakak dah mula rasa seram sebab dia kena himpit bilamana tv itu ditutup. Kakak kejutkan mak, pesan jangan off tv nanti dia kena himpit. Mak kata, dia tak boleh tidur sebab bising. 

"Mak, ada 'benda' menumpang nak tengok tv. Biarlah tv tu on," kata kakak. 

Mak dah mula rasa seram. Disuruhnya kakak rapatkan kerusi dengan katil dia. Sepanjang malam itu, mak dengan kakak tak dapat tidur lena. 

Keesokkan paginya, aku dan ayah datang melawat. Mak cerita ketika dia sedang cuba nak tidur, dia rasa ada orang duduk di hujung katil dia. Bila buka mata sikit, dia nampak ada perempuan pakai baju putih berambut panjang tengah kusyuk tengok tv. 

Kakak pula nampak ada kelibat putih berjalan dari bilik air menembusi bilik sebelah. Kemudian dia tengok channel tv bertukar sendiri. 

Pak Lang kata, nasib baik gangguan itu tak teruk. Ada pesakit sebelum ini pernah kena lebih teruk daripada itu. - T10K

KISAH 3

Ini pengalaman sendiri sewaktu bertugas di sebuah hospital. Waktu mula-muka kerja dulu, aku ditempatkan kat wad VIP. Selalunya syif malam ada dua orang saja yang bertugas. Satu misi, satu lagi pembantu misi. 

Satu malam itu, patient tak ramai, dua orang je. Diorang ada di dalam bilik masing-masing, kiranya macam hotel la. 

Aku pula lepas buat kerja, duduk di kaunter nak tulis report. Kaunter berada di tengah-tengah wad dan menghadap bilik-bilik pesakit. 

Semasa tengah khusyuk menulis, aku perasan yang pintu di bilik depan aku terbuka. Bila angkat muka nak tengok kot-kot ada pesakit yang nak keluar, pintu itu tertutup balik. Aku buat dek sajalah. Manalah tau pesakit itu saja nak main pintu. Aku pun sambung balik tulis laporan. 

Pintu itu terbuka sekali lagi. Bila tengok, pintu itu ditutup semula. Kejadian itu berulang tiga kali tapi aku masih tak bangun dari kaunter, hanya tengok je. Tak rasa apa-apa yang pelik lagi pada masa tu, tak terfikir pun benda-benda mistik. 

Agaknya disebabkan aku tak layan, 'benda' tu hempas pintu dengan kuat. 

GEDEGANGGG!!! 

Sampai akak yang kerja dengan aku takut dan pegang tangan aku. 

"Akak takutlah, siapa yang main pintu tu," katanya.

"Alahh, mesti uncle cina (pesakit tua) tu nak sesuatu kot. Jom kita pergi tanya dia," aku cuba tenangkan dia. 

Aku ketuk pintu dan masuk ke bilik itu. Masuk-masuk je uncle tu terus tanya. 

"Misi, anak apa yang main-main dalam bilik saya malam-malam ni? Manyak bising oooo. Buka tutup pintu, nak tidur pun tak boleh."


Aku hairan juga dan serta-merta meremang bulu roma. Pertama sebab mana ada budak-budak dalam wad. Pesakit kanak-kanak pun tak ada. Masa aku duduk di kaunter pun, tak ada pula nampak budak-budak masuk/ 

Kedua, tak mungkin uncle itu yang bangun main pintu sebab uncle tu lumpuh dari pinggang ke bawah. 

Tengah aku dok fikir-fikir penjelasan saintigik tentang kejadian itu tiba-tiba nurse bell berbunyi. Pesakit di bilik hujung panggil. Pembantu aku pun pergilah masuk. Bila dia keluar. aku tanya pesakit perempuan itu (pun tak boleh bergerak) nak apa. 

Pesakit itu minta pembantu aku temankan dia tidur malam tu sebab dia takut. Asal dia nak tidur je, ada orang ketuk pintu. Bila dia kata "Masuklah.." dan pintu terbuka tetapi tiada orang masuk. Pintu itu seperti ada yang memegangnya dan pesakit itu terasa ada sesuatu yang sedang memerhatikan dia dari celah pintu. 

So, akak tu pun temankanlah pesakit itu sepanjang malam. Aku pula duduk seorang diri di kaunter. - Nurmy

KISAH 4

Sister wad aku ada cerita pengalaman dia 20 tahun lalu. Masa itu dia baru lepas pantang, baru masuk dah kena kerja syif malam. Malam itu dia kerja dengan senior dan member dia ni ada ilmu serta pandai mengubat orang. 

Tengah dok buat kerja, member panggil suruh duduk di kaunter. 

"Apa pun yang berlaku, apa pun yang kau dengar, kau jangan bergerak atau pandang ke arah aku. Ingat tu. Ada 'benda' yang nak melawat kita malam ni.

"Celaka, aku nak buat kerja pun tak senang," katanya. 

Sister tu pun duduklah di kaunter tulis report. Di kala tengah sibuk menulis, dia terhidu bau harum. Serentak dengan itu, dia terdengar member dia bercakap dengan seseorang. 

"Apa kau nak?! B*** betul! Berani kau datang masa aku kerja! Keluar!" 

Sister tu terkejut, berani member dia bercakap kasar dengan pesakit macam tu. Baru je dia nak bangun tengok apa yang terjadi, tiba-tiba terdengar suara halus, suara perempuan. 

"Aku haus... nak sikit je. Banyak tu..." 

Sister tu pun pelik, bila masa ada orang perempuan datang jumpa dengan member dia. Dia tak puas hati, dia pun membongkok tengok dari bawah kaunter. Punyalah terkejut beruk dia apabila nampak rambut panjang mencecah lantai. Rambut cik pon! 


Selepas dari kejadian itu, dia demam.

Malam kejadian, sister itu bertugas di wad bersalin. Masa tu ada kes ibu tumpah darah. Aku dengar cerita dia pun rasa sejuk kaki dan tangan. - Nuramy

KISAH 5

Ini kisah benar yang mak aku ceritakan. Masa tu dia nak beranakkan abang aku (anak sulung) di Hospital Sultanah Aminah di Johor, 90-an. Mak sakit, kemudian datang seorang nurse ni malam-malam, temankan mak. 

"Anak pertama ke?" soal nurse tu. 

"Ya," jawab mak. 

Nurse tu urut-urut dan picit badan mak sampai mak rasa selesa dan kurang sikit stress sakit nak beranak. Bila mak sakit kuat sikit, dia bancuhkan ubat dan beri mak minum.

Pagi tu mak beranakkan along. Malam tu, mujur mak sempat tengok name tag nurse tu. Bila mak dah okey, mak tanya nurse yang bertugas di situ. 

"Siapa nurse ***** ni ye? Nak ucapkan terima kasih kat dia sebab jaga saya sepanjang malam tadi," kata mak. 

Nurse tu terdiam, dia pandang mak dan kemudian berbisik. 

"Makcik, sebenarnya nurse tu dah lama 'tak ada'. Tapi dia memang selalu tolong pesakit kat sini." - Kroit

KISAH 6

Pengalaman makcik aku kat hospital. Time tu dia nak bresalin. Ceritanya ada seorang pesakit perempuan tua yang susah nak mati, dah berbulan nazak. 

Oleh kerana dah tak sanggup lagi, dia beritahu seorang staff nurse yang dok jaga dia bahawa, dia boleh mati kalau orang hisap pusat dia. 

Jadi, dia beritahu nurse ni tolong buat kat dia. Disebabkan kesian sangat, nurse itu pun buat seperti mana yang pesakit itu minta.

Selepas itu, barulah pesakit itu memberitahu yang dia sebenarnya ada 'membela'. Oleh kerana tiada waris, itu yang menjadi punca dia susah nak mati. 

Nurse itu pun apa lagi, terkejut sangat. Yang malangnya, 'belaan' nenek itu nak uri budak baru bersalin. Menyesal tak sudah nurse itu bantu nenek berkenaan. 

Sejak dari kejadian itu, setiap malam nurse itu dah tak boleh kawal diri. Dia nak cari uri budak. Makcik aku punyalah takut. Time tu dia belum bersalin, diorang pesan suruh letak paku atau daun mengkuang kat pesakit. 

Akhirnya pihak hospital dapat tahu, nurse itu dikenakan tindakan. Makcik aku pula dipindahkan ke hospital lain. Tak tahu apa yang terjadi pada nurse tu. Berat ujian dia. - Miftahuljamilah

KISAH 7 

Aku pernah kerja sebagai cleaner di hospital. Bawa mesin cuci tu. Jadi, satu hospital aku pusing. Masa tu kerja kat hospital P********. 

Tempat lain, aku kerja biasa je, tak ada rasa seram tetapi rasa seronok lagi ada. Tapi paling angker dah tentu Jabatan Patalogi (Rumah Mayat) dan juga wad VVIP tingkat lima sebab tak ada orang duduk di situ. Tapi kena juga bawa mesin cuci kat situ. 

Pernah sekali semasa mencuci Jabatan Patalogi, lalulah tepi peti mayat reput (tak dituntut). Tengah khusyuk tolak mesin, tiba-tiba peti itu berbunyi. Ada benda yang mengetuk dari bahagian dalam. Sekali jer, kemudian aku biarkan.

"Alaa, mainan perasaan je." 

Sekali 4-5 kali dia ketuk. Aku terus tarik mesin, pergi buat kerja kat dalam tempat bedah. 


Setiap kali masuk ke situ memang rasa meremang je. Tapi disebabkan tanggungjawab kerja, aku gagahkan juga. 

Setakat perasaan seram-seram macam ada orang tengok tu dah biasa. Tapi bila ada mayat dalam peti, attendent tak bagi masuk. Lebih-lebih lagi kalau mayat akibat kemalangan atau mati dibunuh. Memang tak dibenarkan masuk. Attendent akan sign terus. 

Tingkat 5 VVIP wad itu cuma gelap je. Nurse tak buka semua lampu sebab nak jimatkan kos. Itu yang buat aku mengelabah je buat kerja. 

Tempat lain okey. Paling best bilik bedah, macam-macam boleh tengok Darah, baby baru keluar, uri, kaki orang, besi tanam di tempat patah dll. 0 Syflzln

KISAH 8

Orang rumah aku nurse kat hospital area Kuala Lumpur. Bini aku memang berani, dari zaman dia study nurse sampai kerja selalu kena kacau. Bini aku ni kerja wad ICU. Hari-hari urus orang mati tu biasa dah. So, dia tak kisahlah pasal benda ni. 

Masa dia study nurse, tengah tidur, bini aku terasa ada benda tarik tangan dia. Dia pun tarik balik. Pastu benda tu tarik lagi, jadi tarik menariklah. 

"Mampos kau la, aku mengantuk, nak tidur" bini aku kata dan benda tu tak tarik dah. 

Malam lainnya, bini aku baru balik study, dia tengok roommate dah tidur. Dia pun pergi mandi dan kemudian tidur. 

Keesokkannya, dia jumpa roommate kat kelas, borak-borak dan bini aku tegur kenapa dia tidur awal semalam. Roommate dia jawab yang dia tidur di bilik member sebelah malam tadi. Jadi, siapa yang bini aku nampak tengah tidur kat katil member dia? 

Tapi bini aku cool je. 


Cerita yang ini lawak sikit. Ada satu malam, doktor dengan 2-3 orang nurse (bini aku tak join, dok dalam wad) tolak pesakit (baring atas katil) ke bilik pembedahan.

Sampai di lif, tiba-tiba je ada pocong. Semua pakat lari termasuklah doktor sekali. Nasib baiklah pesakit tu koma, kalau tak, mahu kena saman hospital tu. - Akuz

KISAH 9

Ada seorang perempuan sarat mengandung, sakit nak bersalin. Kesian perempuan tu datang seorang diri ke hospital tanpa ditemani oleh sesiapa sebab dia ada masalah dengan suami dia. 

Suami dia berkahwin lagi dan dia pula diabaikan. Dia nak bersalin anak sulung, tapi anak dia pula tak nak keluar. Lama kelamaan, perempuan itu kehilangan banyak darah dan lemah. Akhirnya dia meninggal dunia, begitu juga dengan bayi dalam kandungannya. 

Masa hantar mayatnya, tak ada rasa apa-apa sebab ramai-ramai yang sorong mayat dia. 

Keesokkan harinya, satu hospital kecoh. Roh perempuan itu berkeliaran dan mengganggu kakitangan hospital. 

Ada pasangan suami isteri (doktor) dulu ada bilik seorang satu, sekarang nak duduk dalam bilik sendiri pun takut, terpaksa kongsi bilik. 

Pastu ada seorang staff nurse ni balik sebab syif dah habis. Masa tu malam. Bila dia pandang je cermin belakang kat dalam kereta, dia nampak roh perempuan tu ada kat tempat duduk belakang tengah pandang dia. Pandangan perempuan itu sayu je, seperti nak cakap sesuatu. 

Disebabkan dah tak tahan dengan gangguan itu, pihak hospital panggil ustaz untuk menghilangkan gangguan itu. Ustaz kata, perempuan itu kecewa dan sedih dengan suaminya. Dia mengandung pun untuk suami dia, kira macam nak ikat baliklah kasih sayang suami dia kat dia. Kiranya anak itu hadiah untuk rumah tangga diorang (dah kahwin, 10 tahun tak ada anak). 

Dia nak 'balik', tapi tak jumpa jalan. So ustaz itu pun hantar dia balik dan berakhirlah gangguan itu. - Juliet

KISAH 10

Mak aku nurse. Kadang-kadang kalau ada kes berat, ayah memang kena tunggu mak sampai pukul 12.00 malam. Pernah ada satu malam, sampai je rumah mak terus masuk 'terbalik'. Lepas tu baca-baca sikit. Tu masuk luar pagar rumah tau, dia siram-siram bdan dia siap uniform sambil mulut terkumat-kami baca sesuatu. Ayah pun buat benda yang sama.

Aku dah mula rasa pelik. Tapi masa tu kecil lagi, ignore sajalah. Macam biasa selepas mandi, mak solat, baca yassin. Memang malam itu rumah panasnya lain macam. 

Dua hari kemudian, terdengar mak cerita dengan kawannya (nurse juga) yang pada malam dua hari lalu ada kes bunuh. Seorang perempuan India mati, habis terburai isi perut, mata terkeluar. Malam itu juga kena buat post mortem pada mayat. 

Macam-macam perkara yang berlaku ketika diorang tengah buat post mortem. Gunting bedah tiba-tiba hilang, bunyi tangisan sayup-sayup kedengaran, bunyi anjing menyalak dengan kuat bagai. Padahal mayat diterima petang tu kira-kira 6-7 petang. Ambil masa berjam-jam nak selesaikan kes ini. Lampu pun kejap buka tutup, bau hanyir tak payah cakaplah dan mak rasa kepadatan bilik mayat tu lain macam sangat-sangat. 


2-3 kakitangan hospital juga ada terjumpa seorang perempuan India menangis-nangis di tepi tangga. Tapi diorang buat tak tahu (mungkin tahu dan diorang tak kacau). 

Sepanjang perjalanan balik dari hospital pada malam tu, mak dan ayah jumpa macam-macam benda. Anjing hitam, kucin hitam dan berat motosikal pun lain macam. 

Kejadian ini bukan hanya berlaku pada mak dan ayah, malah turut berlaku pada nurse lain dan juga doktor. 

2-3 hari juga rumah aku rasa panas lain macam. - Kaishi



Hantarkan kisah seram anda ke thereportermyofficial@gmail.com


from The Reporter https://ift.tt/3eHrg1U
via IFTTT