Sekadar perkongsian untuk bacaan suka-suka. Bagi mereka yang lemah semangat dan mudah terbayangkan perkara yang tidak sepatutnya, anda dinasihatkan untuk tidak meneruskan bacaan. Risiko tanggung sendiri. Gambar-gambar yang digunakan juga hanyalah sekadar hiasan sahaja. Selamat membaca.
AKU berkongsi rumah dengan lima pelajar Politeknik di kawasan ini (Pasir Gudang). Rumah kami rumah teres dua tingkat. Di bahagian bawah ada set sofa kayu yang sememangnya telah disediakan oleh tuan rumah. Ada sebuah tandas yang memang dari ruang tamu terus nampak tandas.
Bahagian dapur, saiznya agak kecil. Ada kabinet berbentuk L, sinki menghadap tingkap dan pintu belakang. Di sebelah pintu, kami letak mesin basuh yang juga di hadapan tingkap.
Ruang tamu bersepah dengan ampaian beroda dan penuh dengan pakaian dan beg-beg pakaian housemate aku ni. Awal-awal aku masuk, memang aku yang akan kemas itu semua. Tetapi lama kelamaan, aku pun dah mula berputus asa nak mengemas. Agaknya memang begitu kehidupan student.
Disebabkan rumah ini hanya aku seorang sahaja yang bekerja, jadi aku tak begitu rapat dengan mereka. Ada masanya, seminggu tak berjumpa langsung dengan mereka sebab aku pergi kerja di waktu pagi. Pukul 6.30 pagi lagi aku dah keluar dari rumah di kala mereka semua masih lena dibuai mimpi. Aku pulang kerja, pukul lima petang, semua belum ada di rumah.
Jadi pada suatu malam ini, aku cuci pakaian di ruang bawah. Dah siap masukkan semua pakaian kotor dalam mesin basuh, aku masaklah mee Maggie untuk makan.
Semasa tengah kacau air rebusan mee ni, aku pandang ke luar tingkap belakang rumah sewa. Untuk pengetahuan, di belakang rumah sewa ni ada pembinaan rumah kedai. Struktur bangunannya belum siap lagi.
Semasa tengah kacau air rebusan mee ni, aku pandang ke luar tingkap belakang rumah sewa. Untuk pengetahuan, di belakang rumah sewa ni ada pembinaan rumah kedai. Struktur bangunannya belum siap lagi.
Tapi pada malam itu, aku tengok bahagian belakang ni terang benderang. Terdetik dalam hati, "Dah siap ke kedai ni?". Pergi kerja balik kerja sampai tak perasan keadaan di sekeliling. Aku pergilah ke ruang depan, duduk makan Maggie sambil tunggu pakaian siap dicuci.
Masa tengah makan tu, aku duduk menghadap mesin basuh dan tingkap. Tiba-tiba terperasan ada seorang perempuan tengah tengok aku juga dari tingkap tu. Bayangkan beb! Dahlah seorang diri kat rumah, rasa macam nak gugur jantung tapi aku masih tenung je perempuan di sebalik tingkap tu. Tak tahulah kenapa tak rasa macam nak lari.
Lama-kelamaan perempuan itu hilang dibawa angin lalu dan tiba-tiba mesin basuh berbunyi menandakan pakaian aku dah siap dicuci. Waktu tu memang aku terkejut sampai tercarut. Yelah, tadi dahlah dalam keadaan beku, tiba-tiba kau boleh berbunyi. Free-free mesin basuh kena maki.
Aku terus keluarkan pakaian dan sidai. Selepas tu berterabur berlari naik ke atas. Sampai di bilik, aku layan movie di laptop. Sedar-sedar jam dah tunjuk pukul 12.3 pagi. Tapi roommate aku tak balik lagi, mungkin dia adak elas kot. Sebab kalau tak balik, diorang akan inform kat aku sebab aku kunci pintu, lock dari dalam.
Dalam 20 minit kemudian, aku terdengar pintu bawah terbuka. Legalah rasa sebab housemate dah balik. Aku dengar bunyi tapak kaki naik tangga. Aku assume budak bilik depan dah baliklah. Kemudian, bunyi itu senyap je.
"Wey! Lambat kau balik!" aku jerit dari dalam bilik sebab aku tak tutup pintu, cuma tutup langsir.
Senyap.........
"Aku bosan wey korang semua balik lambat."
Senyap lagi........
Kemudian aku bangun, pelik sebab member tak balas pun percakapan aku. Selak langsir and guess what? Tak ada sesiapa pun kat situ. Aku cuma rasa angin je, padahal bukannya ada tingkap atau kipas pun kat ruang atas ni.
Aku beranikan diri turun separuh tangga. Lepas tu aku tengok, "Eh? Pintu aku lock atas bawah". Bila dah nampak macam tu, aku terus berlari masuk bilik dan kunci pintu. Terus biru muka aku!" Jupakek punya hantu!
Then masa itu jugalah aku terdengar bunyi air kat tandas, orang tolak ampaian kat bawah bagai. Arghh! Mampos! Aku dah kering darah ni.
Dalam seram aku hafazan surah-surah tu, tak sedar bila aku tertidur. Cuma bangun pagi tu aku rasa sunyi sepi sangat. Sesunyi jiwa aku sebab hanti tu ambil semangat aku. Aku sampai cuti AL sebab tak sedar pagi tu.
Bila dah bangun, dah siap mandi kemas pakaian apa semua, aku terus cabut balik ke Pontian. Seminggu aku tak balik ke rumah sewa tu. Aku lagi sanggup ulang alik dari Pontian ke Pasir Gudang setiap hari.
Selepas badan dah rasa okey, barulah aku kembali semula ke rumah sewa tu. Housemate aku? Diorang mungkin tak rasa sebab selalu tak balik rumah. Dan satu lagi, bangunan kedai belakang rumah aku tu masih belum siap lagi. Entah dunia mana agaknya yang aku nampak pada malam tu.
Sumber: Che'na (Fiksyen Shasha)
from The Reporter https://ift.tt/34I2p9G
via IFTTT