Bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia, kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak membenarkan sebarang penganjuran bazar Ramadan selagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan menyediakan SOP berkaitan bazar Ramadan sekiranya PKP telah tamat.
"Selagi PKP ini diteruskan atau jika kerajaan terpaksa teruskan PKP, maka bazar Ramadan tidak dibenarkan," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyeru masyarkat tidak menyertai sebarang bentuk perhimpunan dalam tempoh enam bulan hingga setahun walaupun PKP telah ditamatkan kelak.
"Walaupun belum tahu sama ada PKP ada akan tamat atau tidak, tetapi amalan kita sudah berubah, bukan norma biasa lagi (seperti dahulu). Sebagai contoh, kita mengamalkan penjarakan selamat termasuk tidak bersalam selain kerap basuh tangan.
"(Selain itu) perhimpunan pula, dalam tempoh enam bulan hingga setahun kita tidak mengalakkan langsung perhimpunan membabitkan orang ramai," katanya.
PKP Fasa kedua akan berakhir pada 14 April 2020, 10 hari sebelum bulan Ramadan. Kerajaan dijangka akan membuat keputusan sama ada melanjutkan tempoh PKP atau sebaliknya pada 10 April 2020.
Sumber: Sinar Harian, Astro Awani
from The Reporter https://ift.tt/3dPr9kk
via IFTTT