(Video) Restoran fast food di China sekat pelanggan kulit gelap masuk premis, bimbang mereka bawa koronavirus


Sebuah restoran McDonald di China didakwa menyekat pelanggan berkulit gelap dari memasuki premis kerana bimbang mereka merupakan pembawa koronavirus. 

Video yang tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan seorang pelanggan memegang notis tersebut yang memaklumkan:

"Kami dimaklumkan bermula dari sekarang, orang kulit hitam tidak dibenarkan memasuki restoran." 

Insiden itu dipercayai berlaku di Guangzhou, China. 

Video itu menimbulkan banyak reaksi kurang senang netizen di seluruh dunia di mana perbuatan seperti itu hanya akan mendorong kepada peningkatan xenophobia (tak suka orang asing) terhadap warganegara Afrika di negara itu.

McDonald bagaimanapun berkata, notis itu tidak mewakili pendiian mereka dan ekoran itu, restoran terbabit telah ditutup buat sementara waktu. 

Difahamkan, video itu dimuat naik oleh pengguna Twitter, Black Livity China yang menyelar tindakan restoran terbabit dan mahu seluruh dunia melihat tindakan yang tidak masuk akal itu. 


Sumber: Daily Mail


from The Reporter https://ift.tt/2RG5Kk7
via IFTTT