'Dia kata ayah dah menang Toyota Vios...' - Lagi warga emas kena scam di parkir pasar raya Kelana Jaya
Seorang lelaki warga emas juga tidak terkecuali terkena dengan penipuan yang dilakukan oleh penjenayah (scammer). Berdasarkan status yang dimuat naik oleh anaknya di Twitter, bapanya dikatakan telah ditipu oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Desmond Lee di lot parkir sebuah pasar raya di Kelana Jaya.
MENANG KERETA SCAM ( G***T, Kelana Jaya)
"My 76 year old father was scammed. He gave his credit card, ATM cards, he even gave away his pin number and driving license.
"Don’t know what the fella said that my dad believed and gave all those away."
Menerusi komen netizen, mereka merasakan bapa kepada wanita ini telah dipukau oleh lelaki terbabit. Namun, kata wanita ini dia tidak merasakan bapanya dipukau, sebaliknya bapanya merupakan seorang yang terlalu mudah percayakan orang lain.
"Dia kata Ayah dah menang Toyota Vios lah, jadi pergi sampai Klang, dia kata nak fotostat IC Ayah, lesen kereta dan beberapa kad lagi. Dia ambik kad CIMB, kad kredit CIMB, Citibank Visa, lesen memandu, kad Maybank, telefon dia ambik" kata bapanya melalui rakaman video.
This guys approached my dad at the parking lot. And said my dad won a car, gave his biz card, asked to follow him to Klang.
— Sue Anna Joe (@sueannajoe_) June 16, 2020
The fella said, nak pergi fotostat, then he didn't come back. Dahla phone pun kena ambik.
Kenapa my dad percaya? ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Here's my dad explaining pic.twitter.com/p0DwE0cdf6
Pada mulanya, bapanya telah didekati lelaki berkenaan dan mendakwa bapanya baru sahaja memenangi sebuah kereta lalu meminta untuk mengikutinya ke Klang.
"This guy approached my dad at parking lot. And said my dad won a car, gave his business card, asked to follow him to Klang. The fella said nak pergi fotostat, then he didn’t come back. Dahla phone kena ambik. Kenapa my dad percaya?"
Wanita ini masih tidak percaya dengan apa yang berlaku ke atas bapanya. Kesemua akaun bank milik bapanya telah disekat, tetapi penjenayah tersebut sempat mengeluarkan sejumlah wang dari akaun bapanya. Walaubagaimanpun, dia bersyukur bapanya selamat dan tidak diapa-apakan.
"Still in disbelief (and a bit angry) macam mana dia boleh percaya. All relevant accounts dah block tapi orang tu kerja laju, sempat keluarkan some. Will be making a police report. Please remind your elderly parents and anyone else to not end up as a victim. Thankful my dad was not harmed."
Kejadian seumpama ini dikatakan bukan sahaja berlaku pada bapa wanita terbabit. Rata-rata netizen turut berkongsikan kejadian yang sama menimpa mereka dan keluarga mereka di lokasi yang sama.
Atuk saya kena exactly like how your father did. Menang contest kereta. Nak buat interview bagai. Kat giant kelana jaya jugak. Hilang rm8000. These people targets the erderly as theyre easily confused and vulnerable.
— IMRANEZRAL ! (@imranezrl) June 16, 2020
Sehubungan dengan itu juga, wanita ini menasihati kepada orang ramai di luar sana terutamanya pada warga emas, agar berhati-hati dengan kes penipuan seperti ini.
Sumber: Sue Anna Joe
from The Reporter https://ift.tt/3emhQZb
via IFTTT