Sumber polis berkata, suspek telah ditahan tidak beberapa lama selepas kejadian itu berlaku.
Ketika disoal siasat, suspek mengakui melakukan perbuatan itu atas alasan tidak dapat menahan nafsunya sebaik saja mengetahui mangsa sedang menukar pakaian.
Selain berjaya menahan suspek, polis turut merampas beberapa barang bukti seperti baju dan pakaian dalam mangsa.
"Suspek melakukan perbuatan itu kerana tergoda melihat mangsa yang sedang menukar pakaian yang membuatkan dia tidak dapat menahan nafsu dirinya," kata polis.
Setelah puas melampias perbuatan jijiknya itu, suspek terus melarikan diri. Mangsa terus pulang ke rumah dan memaklumkan kejadian itu kepada keluarga yang kemudian membuat laporan polis.
Suspek kini berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun jika disabit kesalahan.
Sumber: Kompas
from The Reporter https://ift.tt/2YqOLpV
via IFTTT