Jaiz Jikka, 18, mengaku bersalah di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, Amir Shah Amir Hassan, selepas jurubahasa membacakan kertas pertuduhan terhadapnya.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang berasal dari Kampung Pangi, Kunak, didakwa melakukan kesalahan itu ketika sedang memandu Mitsubishi Triton di Kilometer 80 Jalan Tawau-Semporna pada jam 6.27 pagi 29 Julai.
Tertuduh didakwa mengikut Peraturan 17A (1) Peraturan Lalu Lintas Jalan Raya 1959.
Bermula 6 Julai lalu, kerajaan menetapkan mana-mana individu yang didapati menggunakan telefon bimbit ketika memandu akan dibawa ke mahkamah dan kesalahan itu dikategorikan sebagai kesalahan yang tidak boleh dikompaun dan perlu diselesaikan di mahkamah.
Mahkamah turut memerintah tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayar denda yang dikenakan.
Tertuduh yang ditemani oleh bapanya membayar denda tersebut.
Dalam mahkamah yang sama, seorang tentera juga dijatuhkan hukuman denda RM5,500 dan penjara sehari selepas tertuduh mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol pada 15 Ogos lalu.
Radin Esin, 39, didapati memandu di bawah pengaruh alkohol di Jalan Chong Thien Vun pada jam 12.25 pagi pada hari kejadian.
Dia didakwa di bawah Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang dari RM1,000 dan tidak lebih dari RM6,000 dan penjara selama 12 bulan.
Pendakwa kanan, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, ASP Joan Lee, memohon hukuman penjara terhadap tertuduh selama enam bulan jika dia gagal membayar denda berkenaan.
Sumber: Bernama
from The Reporter https://ift.tt/2QgPeWA
via IFTTT