'Kalau menteri ingkar kuarantin, jangan jadikan pemandu lori sebagai kambing hitam' - Persatuan Pengusaha Lori Johor sekolahkan Timbalan Presiden Pas
Menurut Tuan Ibrahim dalam satu kuliah Subuh yang disiarkan secara 'live' di Facebooknya berkata, Khairuddin bebas dari COVID-19 dan tidak menyebarkan virus tersebut.
Dalam pada itu, dia turut menyamakan keadaan itu dengan pkerjaan pemandu lori dan juruterbang.
"Tiap-tiap hari lori bawa sayur masuk Singapura. Kena kuarantin ke tak? Tak kena kuarantin. Balik Singapura masuk Malaysia kena kuarantin tak? Tak kena.
"Pilot kena kuarantin ke tak? Pilot yang bawa kapal terbang masuk negara 'nun' 14 hari masuk negara ini. 14 hari tidak kena kuarantin," katanya.
Kenyataan Ibrahim itu membuat Persatuan Pengusaha Lori Johor terkilan.
Naib Presiden persatuan tersebut, Andrew Chia berkata, kenyataan Ibrahim tidak masuk akal dan tidak sepatutnya menggunakan rakyat sebagai contoh untuk mempertahankan menteri berkenaan daripada kesalahannya.
"Ini bukan hal yang sama. Ketika menteri telah melakukan sesuatu yang salah, dia tidak boleh menyeret orang lain ke dalamnya.
"Kami telah mendapat kebenaran untuk mengirimkan barang dan produk sejak awal ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) lagi dan tugasan ini tidak boleh dibandingkan dengan perjalanan menteri ke luar negara.
"Kamu sebagai pemimpin kerajaan mesti bersikap adil. Sekiranya kamu salah, kamu salah dan tidak boleh menggunakan orang lain sebagai kambing hitam.
"Anda (Ibrahim) mesti memberi tauladan yang baik sebagai menteri. Adalah tidak masuk akal untuk mewajarkan kesalahan seperti ini," katanya.
Jelas Chia lagi, prosedur kerja mereka kini berubah sepenuhnya di mana apabila lori tiba di pasar atau kilang di Singapura, pemandu akan disaring di pusat pemeriksaan dan diperiksa ketat serta tidak dibenarkan keluar meninggalkan kenderaan mereka.
Pekerja yang berpengkalan di Singapura akan datang memunggah barang dan selepas selesai, pemandu akan kembali ke Malaysia.
Jadi di situ jelas sekali menunjukkan pemandu lori mempunyai kontak rapat yang sangat terhad dengan orang lain ketika mmembuat penghantaran ke Singapura.
Dalam perkembangan terkini mengenai isu menteri ingkar kuarantin, Khairuddin akan dipanggil ke Bukit Aman hari ini untuk siasatan, susulan banyak laporan polis dibuat terhadapnya.
Sumber: MalaysiaKini, Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/32sXqZs
via IFTTT