'Projek rundingan terus di era PH hanya bernilai RM352 juta, baki berbilion selebihnya adalah projek diwarisi dari BN' - Lim Guan Eng


Semalam, Kementerian Kewangan (MoF) mengeluarkan senarai 101 projek rundingan terus bernilai RM6.61 bilion yang didakwa dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum pucuk pimpinan kerajaan bertukar tangan. 

Pendedahan itu menimbulkan banyak reaksi netizen berikutan kos bagi setiap projek rata-ratanya melibatkan angka berjuta-juta dan sekali gus ada yang mendakwa Kerajaan PH melanggar manifestonya sendiri, mahu mengamalkan tender terbuka untuk projek kerajaan. 

Bagaimanapun, beberapa Ahli Parlimen PH tampil menafikan dakwaan itu beserta dengan bukti-bukti kukuh.

Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, hanya RM352 juta (5.3 peratus) perolehan baru daripada RM6.61 bilion projek dilaksanakan oleh Kerajaan PH sebelum ini. 

Sebanyak RM4.48 bilion (67.7 peratus) projek dalam senarai dikeluarkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz semalam sebenarnya ditawarkan ketika Barisan Nasional (BN) memerintah. 

Sebanyak RM1.753 bilion (26.5 peratus) pula diwarisi daripada kerajaan BN. 

Projek rundingan terus di era PH hanya bernilai RM352 juta atau 0.07 peratus daripada nilai keseluruhan perolehan kerajaan (RM447.38 bilion), yang melibatkan keperluan mendesak seperti perbekalan buku teks sekolah oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan operasi pembasmian kecemasan wabak rabies di Sarawak. 

BERIKUT SENARAI PROJJEK YANG DIDAKWA DIWARISI DARIPADA BN YANG DISAMBUNG ATAU DITAMBAH BAIK SERTA BERCIRIKAN KEPAKARAN KHAS ATAU MONOPOLI:




DI BAWAH PULA SENARAI BERKAITAN PROJEK RUNDINGAN TERUS DI ERA PH (MENURUT LIM):








Lim juga mendedahkan, empat pemimpin utama BERSATU juga terlibat dalam dalam kontrak kerajaan yang diberi tanpa tender terbuka iaitu:
  • Muhyiddin Yassin yang ketika itu Menteri Dalam Negeri dan nilai keseluruhan kontrak RM517.7 juta. 
  • Zuraida Kamaruddin (Menteri KPKT), nilai kontrak seluruhan RM170.8 juta. 
  • Azmin Ali, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, nilai keseluruhan kontrak RM1.2 juta.
  • Rina Harun (Menteri Pembangunan Luar Bandar. Nilai keseluruhan kontrak RM7.36 bilion.
Setakat ini hanya Zuraida yang meafikan dakwaan itu di mana kdua kontrak rundingan terus yang diberikan kementeriannya pada masa itu dibuat tnapa pengetahuannya. 

Lim juga menggesa Menteri Kewangan mendedahkan sebarang salah laku berhubung kontrak rundingan terus oleh pentadbiran PH dan juga BN.

Tengku Zafrul juga mengakui bahawa, ada projek rundingan terus dibenarkan tetapi dalam situasi yang sangat spesifik seperti perkara yang melibatkan krisis keselamatan negara atau melibatkan pembekal tunggal. 

Lim juga menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak memberi layanan dua darjat semasa meneliti isu pengagihan projek melalui rundingan terus. 

Sumber: MalaysiaKini



from The Reporter https://ift.tt/32xeKMX
via IFTTT