'Saya harap orang ramai dapat bantu viralkan pusat gelandangan ini demi kebajikan & saham akhirat'


Masyarakat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap prihatin dan saling tolong menolong. Jika ada isu tular individu hidup susah,pastinya ada sumbangan yang dihulurkan oleh individu atau organisasi.
Sikap yang ditonjolkan oleh wanita ini dan keluarganya wajar dipuji. Walaupun pernah diuji sebelum ini dengan dugaan dan individu-individu tertentu, mereka terus membantu golongan yang tidak berkemampuan terutamanya gelandangan.

Wanita ini juga menyeru individu atau organisasi agar dapat menyumbangkan sedikit sumbangan untuk memudahkan urusan membantu golongan-golangan kurang berkemampuan ini.

BISMILLAH Assalamualaikum semua. Dulu mesti korang ada nampak juga kan tweet ni? Bagi sesiapa yang pernah tahu dan tak pernah tahu, mak saya ada bukak Dapur Kausar (Pusat Gelandangan) di Bandar Seremban, Negeri Sembilan.

Dulu kami buka Pusat Gelandangan ni dibawah Pertubuhan Penyayang Negeri Sembilan. Tetapi sekarang sudah bertukar di bawah PERTUBUHAN PRIHATIN SEJAGAT NEGERI SEMBILAN. Kami terpaksa bertukar disebabkan oleh pemasalahan AJK membuat tindakan tanpa berfikir panjang.

Sampai seorang penyumbang itu dia dah “sumbangkan” dari segi wang dan barang tetapi dia minta balik semua barangan dia dan wang ringgit yang dia pernah bagi serta dia memviralkan mak saya tidak amanah.

Jadi kami mencari balik kekuatan kami sekeluarga dan buka semula Pusat Gelandangan ini dengan menggunakan kudrat kami sekeluarga demi membuat kebajikan dan mencari saham akhirat.

Saya berharap orang ramai dapat membantu kami memviralkan lagi tentang pusat gelandangan kami. Kami mencari dana dari segi wang ringgit untuk membayar rental kedai, bill elektrik dan air, bahan mentah seperti ayam, ikan, daging untuk hari-hari memasak, bahan kering seperti beras, tepung,gula, garam, minyak dan makanan dalam tin. 






Kami bukan sahaja memberi makanan dah siap kepada gelandangan, asnaf, OKU, ibu tunggal tetapi hasil sumbangan barang dapur orang ramai sumbangkan di sini kami memanjangkan lagi rezeki orang ramai kepada mereka yang kurang kemampuan juga. Saya minta jasa semua rt tweet saya dan membantu saya sekeluarga untuk meneruskan kebajikan kami. 

Dan doakan kami sekeluarga sihat selalu.

Sumber: Manggis


from The Reporter https://ift.tt/2XUiLJU
via IFTTT