Berdasarkan sumber dari Kaunselor Pelajar, Akhi Fairuz Al-Jengkawi, guru berkenaan memaklumkan dia merakam video itu untuk dihantar kepada ibu murid berkenaan.
"Untuk pengetahuan tuan, saya guru tersebut. Saya rakam dan forward video tersebut hanya untuk ibu murid saya dengan harapan jika benar ayah murid saya kaki ketum, harap dapat cover dari anak.
"Saya tidak pernah sesekali memviralkan (video tersebut) dalam Facebook atau group (media sosial lain). Hanya kepada ibu anak ini. Mohon ketahui perkara sebenar...
"Sepanjang perkhidmatan saya, saya tidak pernah upload aktiviti murid saya di Facebook. Jangan kata murid, kawan-kawan pun tidak. Saya cuma upkan hal saya.
"Dan berkenaan murid yang tertawa, sebenarnya murid-murid lain bukan ketawakan murid tersebut. Mereka ketawa melihat saya ketawa. Saya jarang ketawa dalam kelas tuan. Saya guru yang agak serius. Kadang-kadang saja unsur kecindan saya muncul.
"Bila murid-murid tengok saya ketawa sampai keluar air mata, mungkin excited tengok cikgu gelak. Mereka pun gelak bersama.
"Tapi saya faham, tak ada seorang pun murid saya yang tahu apa itu ketum," jelasnya.
Sumber: Akhi Fairuz Al-Jengkawi
LAPORAN BERKAITAN
from The Reporter https://ift.tt/3gc87Vp
via IFTTT