Dengan teknologi canggih hari ini, kebanyakkan handphone dilengkapi dengan fungsi penjejak di mana pemilik boleh mengesan kedudukan handphonenya yang terkini sekiranya tercicir atau dicuri individu yang tidak bertanggungjawab.
Manfaatkan perkongsian netizen di bawah.
CARA DAPATKAN SEMULA iPHONE YANG HILANG
Alhamdulillah, handphone yang hilang 2 bulan lalu sudah ditemui semula. Orang yang terambil sudi pulangkan semula.
Salah satu kelebihan iPhone, kalau hilang boleh block dan tulis macam tertera pada skrin phone.
Sangat susah orang nak pergi jual. Buka iPhone, ada tulisan iPhone Lost. Kena hubungi no tertera.
Nak cakap apa kepada pembeli atau kedai yang nak reset balik handphone ni kan? Sama ada pulangkan atau buang saja.
Mujur terbuka hatinya nak pulangkan semula. Terima kasih Allah.
CARA-CARANYA:- Melalui iPhone orang lain, pergi ke iPhone Finder
- Login email sendiri dan password
- Mula-mula Find Location iPhone tu, suami dah ikut orang tu sampai depan rumah siap keluar adress. Tapi at first tak mengaku. Jadi suami ketuk 4 rumah lainnya.
- Sampai kami detect bateri tu habis.
- Kami aktifkan Lost Mode dalam setting iPhone Finder. Automatic nombor yang tertera untuk dihubungi adalah nombor iPhone yang tolong Find tu.
- Berserah.. Banyak kali dia buka handphone itu, memang akan tertera seperti dalam gambar.
Alhamdulillah selepas dua bulan, rumah yang kami jejak itu yang pulangkan semula. Syukur. Terima kasih suamiku Reduan Syah Putra.
Sumber: Ernayanee Nur Julaimi
from The Reporter https://ift.tt/3hf6vvi
via IFTTT