(Video) 'Ceritanya si Vios tu nak lari elak jalan sesak tapi...' - Driver Vios salahguna lorong motosikal menyebabkan rider kemalangan
Seperti kejadian yang dilalui oleh seorang penunggang motosikal jenis Yamaha R15 ini terpaksa merempuh tembok bagi mengelak pertembungan dengan sebuah kereta menyalahgunakan lorong motosikal.
Menurut sumber, kejadian berlaku pada jam 3.30 petang 19 Ogos di Lebuhraya Persekutuan menghala ke Mid Valley.
Sebaik saja hampir tiba di terowong, muncul sebuah kereta Toyota Vios hampir melanggar motosikal mangsa dan seorang lagi penunggang di hadapan.
Mangsa sempat mengelak, namun keadaan rumput yang licin menyebabkan motosikalnya tidak dapat brek dengan tepat lalu merempuh tembok di hadapan.
Pemandu kereta itu langsung tidak berhenti dan meneruskan perjalanannya seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Di media sosial, netizen meluahkan rasa geram melihat tindakan pemandu terbabit dan menyeru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat tampil mendedahkan identiti pemandu itu.
Sementara itu, seorang lelaki tampil, Fahmi Faiz, mengakui dia adalah penunggang motosikal yang berada di hadapan kereta Toyota Vios itu pada hari kejadian.
"Ceritanya si Vios itu nak lari elak jalan sesak, dia ikut laluan motosikal di federal highway. Sampai di bulatan area Mid Valley, kereta dia sangkut dan saya suruh dia patah balik sebab kereta memang tak boleh keluar ikut situ kerana laluannya sempit.
"Saya pun bawa kereta itu keluar dari jalan itu. Saya wrong way dan bagi isyarat emergency supaya motosikal di hadapan berhati-hati.
"Sampai di terowong itu, apa boleh buat. Abang naik motor biru (Yamaha R15 tak sempat nak brek lalu terus melanggar dinding yang berhampiran kuil.
"Saya minta maaf kalau kecekapan saya memberi isyarat tidak sempurna," kata Fahmi Faiz.
from The Reporter https://ift.tt/2QbqBuC
via IFTTT