Pelajar maut selepas terjun bangunan kerana malu ditampar ibunya atas kesalahan bermain poker dalam kelas

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun maut akibat terjun dari bangunan sekolah di Wuhan, China. 


Kejadian itu berlaku setelah mangsa ditampar sebanyak dua kali oleh ibunya ketika berada di sekolah di mana Zhang bersama dua rakannya didenda berdiri di laluan utama bangunan sekolah atas kesalahan bermain 'poker' semasa guru mengajar dalam kelas pada Khamis, 17 September 2020. 


Lapor media tempatan, si ibu datang ke sekolah sebaik saja menerima panggilan dari guru kelas anaknya yang memaklumkan mengenai perkara tersebut. 


Bengang dengan apa yang dimaklumkan oleh guru, si ibu terus pergi bertemu dengan Zhang dan menampar pipinya sebanyak dua kali sebelum beredar meninggalkan kawasan sekolah. 


Insiden itu membuatkan Zhang berasa malu dan hanya berdiri membisu bersama dengan dua rakannya. 


Beberapa minit kemudian Zhang secara tiba-tiba memanjat tembok dan tanpa berfikir panjang terus terjun ke bawah menyebabkan mangsa maut serta-merta di lokasi kejadian. 


Kematian Zhang mencetuskan pelbagai reaksi masyarakat yang rata-ratanya mengecam tindakan ibu Zhang dianggap keterlaluan dan menjadi punca Zhang nekad terjun membunuh diri. 


"Remaja sentiasa mempunyai harga diri yang kuat di mana mereka memerlukan komunikasi dan didikan yang betul dalam suasana yang boleh diterima. Ibu bapa tidak sepatutnya memukul anak-anak di tempat awam," kata netizen.


Pun begitu, ada netizen yang berpendapat, ibu bapa tidak sepatutnya dipersalahkan sepenuhnya kerana remaja seringkali bergelut dengan masalah emosi dan psikologi serta masalah lampau. 


"Mesti ibu dia yang paling sedih pada masa ni. Janganlah sakiti hati dia lagi dan jangan kritik remaja itu kerana kita tidak tahu berapa kali dia diperlakukan seperti itu atau apa penderitaan yang dia lalui selama ini," kata netizen.


Sumber: Global Times



from The Reporter https://ift.tt/345yh88
via IFTTT