Viral di media sosial video sebuah kereta jenis Proton Wira bertindak melarikan diri dari sekatan jalan raya.
Kejadian itu berlaku pada pagi Jumaat (18/9/2020) di Persiaran Mokhtar Dahari.
Suspek terdahulu ditahan oleh anggota polis trafik untuk diperiksa tetapi bertindak melarikan diri dari lorong kecemasan.
Penunggang motosikal yang berada di hadapannya turut dirempuh sehingga terjatuh dan menurut sumber, mangsa juga merupakan seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kejadian itu sempat dirakam kamera papan pemuka (dashcam) orang awam yang kemudian pergi ke balai polis berhampiran untuk menyerahkan video bukti untuk tindakan lanjut.
Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS
from The Reporter https://ift.tt/2H93Nu5
via IFTTT