Ibu buang bayi berusia 4 bulan positif Covid-19 di hospital

Doktor di Hospital Di Cristina, di Palermo, Sicily, Itali, membuat laporan polis berhubung tindakan seorang wanita yang meninggalkan bayinya di hospital selepas anak kecil itu disahkan positif Covid-19. 


Lapor La Repubblica, wanita itu menyamar sebagai ibu saudara kepada bayi berkenaan ketika mereka tiba di hospital tersebut setelah dihantar menggunakan kenderaan polis. 


Kedua-dua mereka disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan. Ketika bayi itu sedang mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan, wanita itu bertindak melarikan diri dari hospital dan tidak pernah kembali lagi selepas itu. 


Kakitangan hospital cuba menghubunginya sepanjang hari, tetapi wanita itu tidak dapat dihubungi. Pihak hospital terpaksa menghubungi polis dan memaklumkan wanita terbabit telah 'membuang' bayinya.


"Kakitangan hospital dah cuba menghubungi dia banyak kali. Tetapi dia tidak dapat dihubungi. Disebabkan itu, kami terpaksa menghubungi pihak polis dan memaklumkan bayi itu telah dibuang oleh ibunya," kata Dr. Marilu Furnari. 


Polis kini sedang mengesan wanita itu untuk bertanggungjawab ke atas anaknya. Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga diteliti dan keterangan dari saksi kejadian dirakam untuk membantu siasatan. 


Pihak hospital juga mengesahkan bayi perempuan itu telah sihat dan bebas dari Covid-19.


Sumber: La Repubblica



from The Reporter https://ift.tt/37CM0Xj
via IFTTT